Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Sunday, December 22, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (KONTRAK) PPUM

SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PSIKOLOGI (KONTRAK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

 Gred Jadual Gaji Minimum-Maksimum

 Gred S41 : RM1909.00 - RM8644.00

SYARAT LANTIKAN 1.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang dalam bidang sains
tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,521.70); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,828.32);

(d)  lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

capaian daftar kerja : http://spj.ummc.edu.my/

tarikh tutup : 5 Januari 2014 

Saturday, December 14, 2013

Kementerian Kesihatan Akan Tambah Pakar Psikologi Klinikal - Dr Subramaniam

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan menambah jumlah pakar psikologi klinikal di seluruh negara dalam usaha mempromosikan kesihatan mental yang baik di kalangan rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata buat masa ini Malaysiamempunyai kira-kira 100 orang pakar psikologi yang jumlah berkenaan tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia sekarang.
"Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental hari ini selepas mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua ahli majlis penasihat berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental yang pertama untuk tahun 2013 ini di ibu pejabat kementerian di sini, Jumaat.
Sejumlah 19 orang dari pelbagai sektor menganggotai Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental bagi tempoh tahun 2013 hingga 2015, antaranya Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh dan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye.
Dr Subramaniam berkata penambahan pakar psikologi klinikal itu merupakan suatu keperluan ekoran kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan pada tahun 2011 oleh kementerian mendapati hampir 340,000 (1.8 peratus) penduduk dewasa di Malaysia mengalami masalah kemurungan.
Golongan wanita mengalami kadar kemurungan hampir dua kali ganda (2.3 peratus) berbanding lelaki (1.4 peratus), katanya.
"Selain itu, kementerian dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan memberi latihan yang lebih berkesan kepada guru-guru kaunselor di seluruh negara yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran mereka agar mereka memberi khidmat yang lebih berkesan kepada para pelajar.
"Kementerian akan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan pada masa yang terdekat ini untuk pelajar dari tingkatan dua hingga empat menjalani ujian saringan kesihatan mental yang memerlukan mereka menjawab beberapa soalan kelak," katanya.
Ujian saringan itu adalah untuk mengenal pasti pelajar yang berisiko tinggi menghadapi masalah mental agar mereka mendapat rawatan yang sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan, katanya.
Dr Subramaniam berkata hasil keputusan yang dijalankan kementerian menerusi Program Minda Sihat Sekolah yang dijalankan sejak tahun 2011, daripada sejumlah 19,919 pelajar sekolah yang melalui saringan kesihatan mental, maklumat yang diperoleh sehingga Disember tahun 2012, sebanyak 7.5 peratus pelajar mengalami tanda murung manakala 7.59 peratus menunjukkan tanda mengalami tekanan.
"Selepas intervensi (kaunseling dan rawatan) dilakukan, kementerian mendapati jumlah bagi kedua-dua kategori itu menurun kepada 5.10 bagi masalah murung manakala 5.27 peratus bagi masalah stress.
"Kementerian juga mendapati para pelajar telah menunjukkan tindak balas yang positif serta mencatatkan peratusan yang lebih baik iaitu daripada 28.7 peratus kepada 38.9 peratus selepas intervensi dilakukan," katanya.
Pada tahun 2014, kementerian akan melaksanakan Pelan Publisiti Promosi Kesihatan Mental dengan mesej 'Tangani Stress dengan Berkesan' akan disalurkan menerusi pelbagai platform antaranya media massa, sosial media, kerjasama pintar dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta penganjuran aktiviti pemerkasaan komuniti, katanya.
Katanya ia bertujuan mempromosikan kesihatan mental yang baik di kalangan rakyat Malaysia kerana permasalah kesihatan mental membabitkan semua peringkat umur iaitu peringkat dewasa, remaja dan kanak-kanak. - BERNAMA

Ramai Kaunselor Tidak Bertauliah


Port Dickson: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendedahkan kebanyakan kaunselor di jabatan kerajaan dan sekolah negara ini dikesan tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor, sekali gus berstatus tidak bertauliah.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sejak 1998 hingga kini bilangan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor yang direkodkan masih rendah iaitu 5,085 orang.

“Saya menyeru kepada semua kaunselor yang mempunyai kelayakan supaya tampil berdaftar dengan Lembaga Kaunselor iaitu bahagian di bawah KPWKM bagi membolehkan orang ramai mendapat perkhidmatan berkualiti dan profesional.
“Berikutan itu, tahun depan kementerian bercadang mengadakan konvensyen untuk semua kaunselor, sekali gus mengenal pasti berapa jumlah kaunselor di Malaysia,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengendalian Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), di sini, semalam. Menurutnya, kementerian tidak mengetahui jumlah sebenar kaunselor yang tidak berdaftar di seluruh negara.

“Ini kerana ia sangat penting berjumpa dengan kaunselor bertauliah atau berdaftar berikutan membabitkan kes berkait emosi seperti krisis dan trauma kerana ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

“Jika ada kesilapan dalam mengendalikan kes itu keadaan akan bertambah buruk dan boleh menyebabkan trauma berpanjangan,” katanya. Menurutnya, pada tahun depan KPWKM akan menyediakan latihan kemahiran dalam pengendalian kes krisis dan trauma kepada Perkumpulan Wanita (PERWANI) yang wujud di peringkat akar umbi.
“PERWANI akan bertindak sebagai kumpulan barisan depan bagi kes krisis dan trauma yang berlaku di tempat komuniti mereka sebelum dirujuk kepada kaunselor.

“Malah, kita akan bekerjasama dengan Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) bagi menyediakan latihan mengendalikan krisis dan trauma kepada ahli PERWANI,” katanya.
Sumber : Berita Harian & myMetro.

Monday, December 9, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI KUISAS

PEGAWAI PSIKOLOGI (S41) - Tetap / Kontrak

Gred Gaji S41: 
 

MinimumMaksimum
P1RM1,908.45RM6,797.73
Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
 
b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkah laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

c) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
               
d) keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
  
Cara Memohon :
 
 (a) Calon- calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan 
       kepada;
 
        Rektor
        Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
        Bukit Chanda,
        33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar,
        Perak Darul Ridzuan.
        Tel : 05-7732253
 
(b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta curriculum vitae 
     (c.v) yang lengkap berserta maklumat yang berikut;
  • Butiran Peribadi
  • Butiran Untuk Dihubungi
  • Kelayakan Akademik
  • Pengalaman Yang Berkaitan
(c)  Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran 
      pasport  (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan   
      seperti berikut:-
  • Kad Pengenalan  atau Pasport
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil akademik yang berkaitan berserta transkrip (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda)
  • Sijil-sijil atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan
 (d) Tarikh tutup permohonan pada 24 DISEMBER 2013.

(e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup 
      permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka adalah tidak berjaya.

Sumber : http://www.kuisas.edu.my/sweb/index.php/kerjaya-kuisas
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...