Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Monday, December 22, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI (S29) UMK



KUMPULAN         :  Perkhidmatan dan Sokongan
KLASIFIKASI Perkhidmatan Sosial
JADUAL GAJI Gred S29 (min) RM1,362.00 – (max) RM5,092.00
TARAF JAWATAN: Tetap


Kelayakan dan pengalaman:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
(Gaji Permulaan: RM1,362.00)

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
(Gaji Permulaan: RM1,362.00)

(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan: RM1,661.95)
(Keutamaan lantikan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman mengenai
masalah-masalah kemasyarakatan dan mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa
Cina, Tamil dan lain-lain bahasa yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan)
dan;

(iv) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 Jun 2016

Maklumat lanjut : http://jobs.umk.edu.my/


Thursday, November 20, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI UPM KAMPUS BINTULU


PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41)
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN
KAMPUS BINTULU SARAWAK.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji : RM 1909.00 – RM 8644.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma
Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
e) lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak
dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41 tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidm
atan dan mempunyai kelayakan seperti di atas; ataU lulus Peperiksaan Khas

[Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Psikologi mesti memiliki kelayakan Profesional
(Kaunselor Berdaftar)].

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 November 2014

PERMOHONAN ONLINE : http://apps1.btu.upm.edu.my/index.php

Wednesday, November 19, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI GRED 25 (PERKESO)


Taraf Jawatan                                   : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan               : Eksekutif
Gaji                                                    : Lingkungan RM7450 – RM10120
Kekosongan                                     : 1 Kekosongan
Tempat                                              : Pusat Rehabilitasi PERKESO

Kelayakan dan Syarat-syarat Lantikan
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan;
  • Lulus Bahasa   Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris;
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan;
  • Mempunyai ciri-ciri personaliti yang mesra;
  • Adalah seorang yang boleh bekerja secara berpasukan;
  • Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam Rehabilitasi, Program Return to Work atau bidang yang berkaitan;
  • Bersedia bertugas di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka.

Maklumat lanjut : http://hr.perkeso.gov.my/iklan-kekosongan

Tarikh tutup : 26 November 2014

Monday, October 6, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI UMS (TETAP/KONTRAK)


KUMPULAN         : Pengurusan dan Profesional
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Sosial
JADUAL GAJI : Gred S41 (min) RM1,909.00 – (max) RM8,644.00
TARAF JAWATAN: Tetap/Kontrak
KEKOSONGAN : 1 (Kampus Kota Kinabalu/Kampus WP Labuan)


Kelayakan dan pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM2,112.86]; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM2,112.86]; atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM2,521.70]; atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM2,828.32]; dan

(v) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh tutup : 23 Oktober 2014

Maklumat lanjut : http://ejobs.ums.edu.my/nac/jawatan.detail.php?kod=S-PP-801&nama=Pegawai%20Psikologi&gred=S41

Borang permohonan online : http://ejobs.ums.edu.my/nac/

Tuesday, September 30, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR GRED BAND 3 (A) KOLEJ FELCRA BERHAD



JAWATAN KOSONG KAUNSELOR GRED BAND 3 (A) KOLEJ FELCRA BERHAD

Syarat kelayakan :-

i.    Terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii.  Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling atau bidang-bidang lain yang
      berkaitan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
      dengannya oleh Syarikat.
iv.  Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
      (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
v.   Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang kaunseling.


Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p:- Bahagian Sumber Manusia)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

Tarikh Tutup Permohonan :- 12 Oktober 2014

Maklumat lanjut:-
http://www.felcra.com.my/documents/10157/23029/Iklan+Jawatan+Kosong+Di+Kolej+FELCRA+Berhad.pdf/e6ba7ea9-a3ab-4525-8e57-c57d92796fe8

Download borang permohonan di :-
http://www.felcra.com.my/documents/10157/584156/Borang+Jawatan+Kosong.pdf/cd74eccf-a23d-48c0-b646-e28ef885849c

Sunday, September 28, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI S41 UMP (TETAP)


SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PSIKOLOGI (TETAP)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

 Gred Jadual Gaji Minimum-Maksimum

 Gred S41 : RM1909.00 - RM8644.00

SYARAT LANTIKAN 1.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang dalam bidang sains
tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,521.70); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,828.32);

(d)  lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan 

Bagi jawatan yang ditawarkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, 
 Kampus Pekan dan Kampus Gambang. 

Keutamaan kepada calon : 

(a) telah mendapat lesen sebagai Kaunselor Berdaftar. 

(b) memiliki Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada 
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. 

 (c) mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana 
muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih). 

PERMOHONAN ATAS TALIAN : 
TARIKH BUKA : 21 MAC 2016 
TARIKH TUTUP : 04 APRIL 2016
TARIKH AKHIR PENERIMAAN DOKUMEN PERMOHONAN : 11 APRIL 2016.


CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui laman web UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lainlain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada : 


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 
JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, 
26600 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR 
(U/P : UNIT PELANTIKAN) 

Maklumat lanjut sila layari : http://apps.ump.edu.my/online/cms/eRecruitment/attachment/Iklan%20Perjawatan%20Pentadbiran%20Siri%204%202016.pdf

Permohonan atas talian di : http://apps.ump.edu.my/online/eRecruitment.jsp

Thursday, September 25, 2014

TERAPI WARNA DAN SOLAT.


Setiap apa suruhan tuhan untuk hambanya pasti ada tujuan kebaikan disebaliknya. Mengapa kita disuruh melakukan solat diawal waktu. Dan bagaimana pula kesannya kepada mereka yang selalu melewat-lewatkan solat diakhir waktu ataupun selalu meninggalkan solat. Selain daripada melakukan dosa besar kerana meninggalkan solat dan melengah-lengahkan solat dengan sengaja, mereka juga akan kehilangan khasiat dan hikmah disebalik setiap waktu solat yang diwajibkan keatas kita setiap hari pada waktu-waktu tertentu. Di sini saya kongsikan bagaimana waktu solat dan warna alam yang berubah mengikut waktu-waktu solat seharian kita.
Solat Subuh : Dilakukan setelah alam berubah kepada warna biru. Warna ini resonan dengan frekuensi warna tiroid dan penawar untuk komunikasi dan rezeki. Khasiat warna biru ialah tenaganya dapat diserap semasa ruh dan jasad bercantum semasa kita sedar. Jadi, manusia diperintahkan bangun untuk solat subuh supaya kita dapat menyerap tenaga biru itu semasa kita rukuk dan sujud. Warna biru adalah satu rezeki yang cukup tinggi nilainya kepada manusia. Kerana itulah kita sering mendengar jika tidur selepas subuh akan menutup pintu rezeki.
Solat Dhuha: Seterusnya alam bertukar kepada warna hijau dan kita disunatkan menunaikan solat sunat dhuha. Warna hijau sama dengan frekuensi warna paru-paru. Jadi, untuk mendapat paru-paru yang sihat dan berfungsi dengan baik,  amalkanlah solat sunat dhuha selalu. Selepas itu, alam bertukar kepada warna kuning dan kita diperintahkan melakukan solat zohor. Warna ini pula sama dengan frekuensi warna pada perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman manusia. Warna kuning juga adalah rahsia berkaitan dengan keceriaan. Makanya, pada sesiapa yang selalu melewatkan melakukan solat zohor berulang kali melakukannya akan menghadapi masalah pada perut dan akan hilang sifat cerianya dirinya.
Solat asar: Kemudian, alam bertukar kepada warna oren. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem reproduktif manusia. Warna ini juga adalah rahsia sifat kreativiti. Amat malang bagi seseorang yang tidur pada waktu ini kerana roh dan jasad tidak bercantum untuk menyerap tenaga warna tersebut. Kerana itulah kita dilarang tidur selepas waktu asar dan kebiasaannya mereka yang tertidur selepas asar ini akan bangun dalam keadaan terpinga-pinga atau pening, begitu juga dengan kanak-kanak yang tidur selepas asar biasanya akan meragam atau menangis tanpa sebab. Ia juga akan menyebabkan seseorang itu akan kurang daya kreativitinya dan menghadapi masalah pada sistem reproduktif. Menjadi masalah kepada mereka ini melangsungkan kemandirian spesies manusia.
Solat magrib: Seterusnya  alam berubah ke warna merah,untuk pengetahuan semua warna merah bersamaan dengan warna iblis, jin dan syaitan. Pada waktu ini, makhluk-makhluk ini suka keluar. Jadi, kita selalu dinasihatkan oleh orang tua supaya tidak keluar daripada rumah. Pada orang yang suka dan berulang kali keluar pada waktu ini, senang didekati oleh jin, iblis dan syaitan. Jikalau kita sedang mengembara ataupun sedang dalam perjalanan, dinasihatkan untuk berhenti bersolat maghrib. Diharapkan selepas ini, semoga tidak lagi menjadikan kegemaran anda untuk  keluar shoppingmeeting atau melepak di luar. Merah bersamaan dengan warna pada otot, saraf dan tulang. Ia juga rahsia untuk sifat keyakinan.
Solat isyak: Seterusnya adalah warna indigo. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem kawalan otak dan juga rahsia ketenteraman manusia. Jadi, sesiapa yang menjadi kebiasaan meninggalkan isyak selalu berada dalam kegelisahan. Kemudian bertukar menjadi gelap dan Islam mendidik umatnya agar tidur pada waktu ini, hal ini adalah kerana waktu ini adalah tidur delta kerana badan berada dalam kerehatan.
Qiamullail: Selepas itu, alam akan bertukar ke warna putih, merah jambu dan ungu iaitu berkaitan dengan kelenjar pineal, talamus dan pituitary dan kita digalakkan untuk melakukan Qiamullail.
Sumber: http://terapisendiri.wordpress.com/2011/10/11/terapi-warna-dan-solat/

Sunday, August 17, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI UPM


PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41)

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji : RM 1909.00 – RM 8644.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma
Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
e) lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak
dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41 tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidm
atan dan mempunyai kelayakan seperti di atas; ataU lulus Peperiksaan Khas

[Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Psikologi mesti memiliki kelayakan Profesional
(Kaunselor Berdaftar)].

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 Ogos 2014

PERMOHONAN ONLINE : http://spj.upm.edu.my/

Wednesday, August 13, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)

Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. (MMA), a subsidiary of MISC Berhad, and also a member of the PETRONAS Group of Companies, is the premier Maritime Education and Training (MET) institution in the region with a growing network of affiliation with renowned MET institutions and organizations worldwide. It is also fast gaining a reputation as a leading centre for MET in the region. The Melaka campus is idyllically located in Kuala Sungai Baru overlooking the Straits of Melaka. Akademi Laut Malaysia (ALAM) offers a conducive working, learning and living environment. In our quest to develop future leaders in the maritime industry, we are sourcing for qualified and experienced individuals to join our dynamic team and pursue an excellent career opportunity with us, in the following positions: 

COUNSELOR 

The Job 
A leadership role, with a strong passion for people development, a strong sense of care and culturally-sensitive, in engaging with the students in providing counseling and advisory services as well as handling students’ grievances.

The Person 
 Possess a Degree in Counseling, Psychology or any relevant discipline.
 At least 5 years working experience in providing counseling service to students.
 Possesses excellent communication and presentation skills and the ability to resolve problems creatively and to think out of the box.
 Outgoing personality with a creative and innovative mind.

ADDITIONAL QUALITIES FOR ALL POSITIONS 
Possess high degree of integrity, maturity, professionalism and loyalty. Good communication and presentation skills. Good command of both spoken and written English.

APPLICATION 
Interested candidates are requested to write-in to the following address stating full details of qualification(s) and experience, present and expected salary, contact number, postal as well as electronic mail addresses and enclose together a recent passport-sized photograph (n.r.) to:

HR Management & Administration 
AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM) 
Window Delivery 2051, 
Masjid Tanah Post Office 
78300 Masjid Tanah, 
MELAKA 

Kindly note down the position title on the top left of the envelope. Alternatively, you may e-mail to humanresource@alam.edu.my . Only short listed candidates will be notified.

Closing date : 15 August 2016

Sunday, August 10, 2014

Perkhidmatan kaunseling

Anda boleh berinteraksi bersama saya dalam sesi kaunseling online menggunakan e-mail. Sebelum anda meneruskan hasrat menulis e-mail kepada saya. Anda dinasihatkan untuk membaca beberapa perkara penting di bawah:

Peranan Kaunselor
 

  • bersedia mendengar, memahami dan berinteraksi dengan anda melalui e-mel terhadap sebarang isu yang kemukakan.
  • Segala yang anda kongsi adalah SULIT dan akan saya rahsiakan kecuali jika saya merasai anda mungkin akan mengancam keselamatan diri anda dan orang awam.
  • Dalam kes berkenaan, kita akan bergerak melakukan kaunseling krisis yang mungkin akan melibatkan polis, wad psikitri dan/atau ahli keluarga anda.
  • Kerahsiaan juga melibatkan tanggungjawab saya untuk merahsiakan identiti anda. Anda boleh terus tidak memberitahu latar belakang sebenar anda dan saya akan tetap menghormati pilihan anda.
  • Anda mungkin memerlukan alamat e-mel lain sekiranya anda berhasrat tidak mahu saya mengetahui siapa diri anda (tidak penting bagi saya).

Peranan anda
 
  • membebaskan diri dari sebagai bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada saya.
  • Anda boleh menulis emel kepada saya sekerap yang anda mahu.

    Walau bagaimana pun, ciri-ciri e-mel tidak membolehkan saya berinteraksi dengan anda secara automatik. Saya harap anda faham tentang had teknologi melalui e-mel yang akan kita gunakan. Anda juga seharusnya merahsiakan hubungan kaunseling kita demi menjaga etika kerahsiaan kaunseling tercapai.

    Oleh kerana persetujuan hubungan kita hanya melalui e-mel, anda tidak digalakkan menghubungi saya melalui telefon atau bersemuka (kecuali bagi kes tertentu setelah persetujuan dua belah pihak tercapai). Sebagai klien, anda juga berhak memutuskan hubungan kaunseling kita bila-bila masa sahaja. Walau bagaimana pun, saya amat berharap anda dapat memaklumkan kepada saya satu sesi (satu e-mel) sebelum anda berhasrat menamatkannya.

LIMITASI PERKHIDMATAN E-KAUNSELING


  1. Perlu diingatkan bahawa perkhidmatan e-kaunseling adalah satu cara untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, perkhidmatan e-kaunseling tidak sama dengan perkhidmatan kaunseling bersemuka. Kaunseling bersemuka membolehkan anda bertemu kaunselor secara bersemuka dan ini membolehkan kaunselor membantu anda dengan lebih menyeluruh lagi. Anda boleh dapati perkhidmatan ini di sekolah-sekolah anda, pusat-pusat khidmat komuniti berhampiran dan juga dari klinik-klinik yang menawarkan perkhidmatan kesihatan mental.
     
  2. Tidak semua jenis masalah sesuai dengan e-kaunseling. Masalah-masalah yang membahayakan diri dan orang lain perlukan bantuan kaunseling secara bersemuka. Antara masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan bantuan kaunseling bersemuka ialah kemurungan yang serius, kecenderungan untuk membunuh diri, penyalahgunaan dadah dan halusinasi kerana masalah-masalah ini akan ditangani secara pendekatan klinikal. Bagaimanapun, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan rujukan pusat-pusat yang menawarkan perkhidmatan bersemuka berhampiran tempat tinggal anda.
     
  3. Dalam kecanggihan pembangunan internet, kemungkinan laman web ini digodam (hacked) masih ada. Bagaimanapun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan data anda. Semua data klien akan dipindahkan ke komputer peribadi dan kemudian dilupuskan dari data e-mel.
     
  4. Peruntukan Akta Kaunselor 1998, terdapat klausa yang memerlukan kaunselor mendedahkan maklumat atas tuntutan undang-undang dalam kes-kes tertentu seperti berlakunya jenayah, cubaan bunuh diri dan kematian. Klausa ini memerlukan kaunselor perkhidmatan kaunseling bersemuka dan juga e-kaunseling mendedahkan maklumat yang dibincangkan dalam sesi. Bagaimanapun sekiranya perkara ini berlaku, anda akan saya maklumkan kepada anda terlebih dahulu sebelum saya mendedahkannya atas tuntutan undang-undang.
     
  5. Atas tuntutan Garis panduan Perkhidmatan E-kaunseling American Counseling Association (ACA Ethical Standards for Internet Counseling, 1999), sekiranya anda berumur 18 tahun ke bawah, sila maklumkan kepada penjaga anda bahawa anda melayari laman web ini. Ini membolehkan penjaga anda tahu jenis perkhidmatan yang saya tawarkan serta limitasi perkhidmatan ini.
Tahniah!! Anda telah memahami apa yang telah dihuraikan di atas. Langkah seterusnya, anda bolehlah menulis e-mail kepada saya di alamat sesikaunseling@gmail.com 

Apabila saya menerima e-mel pertama anda, ini bermakna pehubungan kaunselor-klien antara anda dan saya telah terbentuk. Ini juga bermaksud anda telah memahami dan menerima maklumat yang telah saya nyatakan dalam persetujuan termaklum (inform consent) mengenai kaunseling online. Anda juga maklum bahawa perhubungan kaunselor-klien kita adalah secara sukarela dan terjalin atas kehendak anda sendiri.




















Monday, August 4, 2014

Etika Kerahsiaan

Sesi kaunseling yang dijalankan menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kaunselor tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun. Maklumat yang kaunselor peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kaunselor. Itu sahaja. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kaunselor, selepas  pihak kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala hubungan kaunselor - klien akan terlerai. Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.

SKOP ETIKA

Kod Etika Kaunselor ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

1. Bahagian A   : Tanggungjawab Kaunselor.
2. Bahagian B   : Perkhidmatan Persendirian.
3. Bahagian C   : Penyelidikan Dan Penerbitan.
4. Bahagian D   : Latihan.
5. Bahagian E   : Pengukuran Dan Penilaian.

BAHAGIAN A: TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

Bahagian ini menerangkan tatalaku kaunselor dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap profesion, klien, rakan profesional, organisasi/majikan dan masyarakat.

Bahagian A1: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Profesion
  1. Pengetahuan tentang etika: 
Kaunselor bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Malaysia (Lembaga Kaunselor) serta menggunakannya sebagai panduan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah menjaga tatalaku demi memelihara piawai dan identiti sebagai seorang kaunselor dan keutuhan profesion kaunseling.
        2. Meningkatkan kecekapan:
    Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran dalam bidang profesionya. Kaunselor perlu mengemaskini kecekapan dan kemahiran tersebut dengan latihan berterusan.

            3. Memupuk nilai-nilai moral:  
        Kaunselor hendaklah berusaha memupuk ciri-ciri moral dan personal yang dianggap penting dalam memberi khidmat yang beretika. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah seperti berikut:
    • Empati -  Kebolehan menyampaikan kefahaman tentang pengalaman seseorang dari perspektif orang tersebut.
    • Intergriti –  berusaha ke arah sikap bermoral dalam hubungan dengan orang lain dengan menekankan keikhlasan dan konsistensi antara tingkah laku dan percakapan.
    • Daya tahan –  terus berusaha membantu klien tanpa rasa putus asa.
    • Kesedaran kendiri – keupayaan menilai secara tepat dan mengakui kekuatan dan kelemahan diri.
    • Kebijaksanaan – mampu membuat keputusan dengan berhemah.
    • Keberanian – berupaya bertindak walaupun berada dalam keadaan berisiko dan ketidakpastian.
    • Spiritual – berusaha meningkatkan nilai dan amalan kerohanian sebagai salah satu aspek kehidupan
         4. Penyeliaan:
    Kaunselor hendaklah melalui proses penilaian dan penyeliaan serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional secara berterusan. Dalam mengamalkan kepakaran baru kaunselor perlu mendapatkan pendidikan, latihan dan penyeliaan yang diiktiraf sebelum mengamalkan kepakaran tersebut.

              5. Kecekapan Profesionalisme:
        Kaunselor hendaklah memberi perkhidmatan kaunseling mengikut bidang kepakaran dengan tidak melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada pendidikan, latihan, dan pengalaman yang diselia. Kaunselor tidak menjalankan kaunseling, konsultasi, dan menyampaikan maklumat dalam bidang di luar kepakarannya.

              6. Kesedaran ketidakupayaan:
        Kaunselor hendaklah sedar terhadap sebarang ketidakupayaannya dari segi fizikal, mental, dan emosi yang boleh menjejaskan fungsi sebagai seorang profesional. Kaunselor harus menghindari daripada memberi khidmat kaunseling profesional apabila mendapat tanda-tanda tersebut. Kaunselor perlu merancang dan membuat persediaan untuk pemindahan rekod dan kes klien kepada rakan profesional yang dikenal pasti jika terjadi ketidakupayaan, kematian ataupun menamatkan amalan.

               7. Konflik kepentingan:
        Kaunselor perlu mengelakkan keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan diantara dirinya dengan klien. Sekiranya konflik ini berlaku, kaunselor perlu membuat keputusan mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan untuk mengekalkan kepercayaan terhadap profesion kaunseling.

     Bahagian A2: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien.

        1. Menjaga Kepentingan Klien:
    Kaunselor mengutamakan kepentingan klien berbanding dengan kepentingan sendiri. Dalam kes-kes di luar kemampuan kaunselor maka dengan persetujuaan klien sesi perlu ditamatkan dan /atau dirujuk kepada kaunselor atau profesional lain.
      
        2. Menghormati dunia persendirian klien:
    Kaunselor hendaklah menghormati dunia persendirian klien termasuk perkara sulit dan peribadi melainkan perkara itu membahayakan klien atau orang lain.

            3. Kerahsiaan:
        Kaunselor hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat klien yang diperoleh semasa sesi kaunseling kecuali maklumat itu membahayakan klien dan orang lain, dan di atas tuntutan undang-undang.

            4. Pengetahuan pelbagai budaya:
        Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien. Kaunselor perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai budaya supaya dapat bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.

            5. Kesejahteraan klien:
        Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien, dan tidak mengambil kesempatan ke atas klien untuk kepentingan diri sendiri dalam apa bentuk sekalipun. Dalam kes-kes di mana keselamatan fizikal klien terancam, keutamaan hendaklah diberikan kepada keselamatan klien.

            6. Gangguan seksual:
       Kaunselor dilarang sama sekali melakukan sebarang bentuk gangguan dan hubungan seksual dengan klien, bekas klien dan ahli keluarga mereka.

            7. Menghormati keputusan klien:
        Kaunselor hendaklah memupuk sikap bertanggungjawab klien terhadap tingkah lakunya  dan menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

            8. Keadilan:
        Kaunselor perlu berlaku adil dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan etnik, jantina, agama, status, ideology, kecacatan fizikal, mental atau apa-apa bentuk sekali pun.

            9. Membekalkan maklumat:
       Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

           10. Kebenaran bermaklum:
        Kaunselor hendaklah mencapai persetujuaan bermaklum dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan kerahsiaan dan hal-hal lain mengenai proses kaunseling. Apa-apa persetujuaan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak dan diubah dengan persetujuaan bersama.

            11. Budibicara kaunselor:
        Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien mengikut pertimbangan kaunselor menunjukan dengan jelas , diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.


            12. Larangan dalam hubungan dwi:
        Kaunselor hendaklah menghindari diri  daripada memberi perkhidmatan kaunseling kepada klien yang mempunyai hubungan intim dengannya seperti keluarga, sahabat karib, ataupun mereka yang mempunyai hubungan pentadbiran dan penyeliaan dengannya.

            13. Kebebasan klien menamatkan sesi:
        Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalankan kaunseling dengan kaunselor lain pada masa yang sama. Bagaimanapun kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain. keputusan klien mesti dihormati.

            14. Rujukan:
        Kaunselor perlu merujuk klien kepada profesional lain sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya atau profesional lain. Rujukan ini hendaklah dilakukan dengan persetujuaan klien dan satu laporan rujukan secara bertulis perlulah disediakan kepada profesional yang dirujuk. Perhatian sewajarnya perlu diambil untuk memastikan penerimaan rujukan dapat memberi khidmat yang diperlukan, kerahsiaan terus dibekalkan dan klien mendapat manfaat dalam proses rujukan.
           15. Kemudahan kaunseling:
        Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang boleh memelihara keselesaan dan kerahsiaan sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya termasuk sesi kaunseling yang dirakam melalui cara audio dan video.

           16. Rekod kaunseling:
        Kaunselor dikehendaki membuat laporan dan menyimpan rekod sesi kaunseling dengan selamat. Semua rekod perlu dirahsiakan.

            17. Pendaftaran dan sijil amalan:
        Semua kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling mesti mendaftarkan diri serta memperolehi sijil amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 26 dan 28 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

    Bahagian A3: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional.
                                                                                                                                   1. Kecekapan :Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan profesional masing-masing secara berkesan.

       2. Sikap Hormat, Adil dan Terbuka :
    Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap hormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesional.


       3. Mencegah, Memperbetul atau Melapor Perlakuan :
    Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, memperbetul dan melapor perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

       4. Menyokong Rakan Kaunselor :
    Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.


    Bahagian A4: Tanggungjawab Terhadap Organisasi/ Majikan.


       1. Persetujuan/Perjanjian :
    Kaunselor hendaklah mematuhi perjanjian yang dipersetujui dengan organisasi tempat beliau berkhidmat.

       2. Mematuh Dasar dan Prosedur :
    Kaunselor hendaklah menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti selaras dengan dasar dan prosedur organisasi.

       3. Mencegah Diskriminasi :
    Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan kerja.

       4. Mengelak Salahguna Kemudahan :
        Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

       5. Kelulusan dan Kepakaran :
    Kaunselor hendaklah menyatakan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

       6. Menjalin Hubungan Profesional :
    Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan penyelia dan staf yang lain bagi menjamin keberkesanan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor juga hendaklah memberi kefahaman kepada semua pihak dalam organisasi tentang perbezaan di antara maklumat umum dengan maklumat khusus serta aspek kebertanggungjawaban.

        7. Penilaian Kendiri :
    Kaunselor hendaklah sentiasa menilai keupayaan kendiri serta membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa.


         8. Peningkatan Kerjaya :
    Kaunselor hendaklah bersama-sama organisasi bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan staf lain.

         9. Advokasi :
    Kaunselor dikehendaki membela, menyokong dan memperjuangkan perkhidmatan kaunseling pada semua peringkat dalam organisasi tempat beliau berkhidmat dan dalam masyarakat.

         10. Konsultasi :
    Kaunselor bertanggungjawab menyediakan sumber dan kecekapan serta rujukan yang sesuai dalam memberi perkhidmatan perundingan apabila diperlukan.

    Bahagian A5: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat.


         1. Menghormati Perbezaan Budaya :
    Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

         2. Mematuhi Undang-undang :
    Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasanya berlandaskan  Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).


    BAHAGIAN B: PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN

    Bahagian ini merangkumi pengiklanan, pengurusan dan fi dalam perkhidmatan kaunseling.

    Bahagian B1: Pengiklanan

         1. Kelulusan profesional :
    Dalam menjalankan perkhidmatannya, kaunselor hendaklah menyatakan secara benar, lengkap, tepat dan tidak mengelirukan mengenai:
    • Kelulusan tertinggi yang berkaitan
    •  Bidang kepakaran,
    • Jenis perkhidmatan,
    • Penerangan mengenai perkhidmatan,
    • Sijil pendaftaran
    • Sijil Amalan.
          2. Pengiklanan yang tepat :
    Kaunselor yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi tidak dibenarkan menggunakan nama organisasi tersebut dalam iklan kecuali dengan kebenaran organisasinya. Kaunselor tidak boleh mengiklankan affiliasinya dengan sesuatu organisasi sehingga memberikan gambaran palsu bahawa organisasi itu menaja atau mengisahkan perkhidmatannya.


         3. Perkhidmatan di luar organisasi :
    Kaunselor tidak boleh memberi perkhidmatan kaunseling dan konsultasi kecuali dengan kebenaran organisasinya.


         4. Menyalahgunakan keahlian :
    Kaunselor tidak boleh menggunakan keahlian dalam sesuatu pertubuhan/Persatuan Kaunseling sebagai perlakuan amalan yang sah.


    Bahagian B2: Pengurusan

         1. Pematuhan undang-undang :
    Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai perkhidamatan persendirian di tempat perkhidmatannya.


         2. Kesempatan untuk mendapatkan klien :
    Kaunselor tidak boleh menggunakan affiliasinya dengan sesuatu organisasi yang dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.

         3. Pengambilan pekerja yang tidak berkelayakan :
    Kaunselor yang menjalankan perkhidmatan persendirian tidak boleh mengambil pekerja yang tidak berkelayakan dan tidak berdaftar untuk menjalankan khidmat kaunseling.

    Bahagian B3: Fi

         1. Fi berpatutan :
    Fi yang dikenakan ke atas klien dalam setiap sesi kaunseling mestilah  selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Jika fi dikenakan, Kaunselor hendaklah memastikan bahawa fi itu berpatutan dan seimbang dengan perkhidmatan yang diberi. Kemampuan klien hendaklah diambil kira.


         2. Pemberitahuan tentang Fi :
    Kaunselor hendaklah memberitahu terlebih dahulu kadar fi yang dikenakan pada awal sesi kaunseling.


         3. Larangan menerima Fi Rujukan :
    Kaunselor tidak dibenarkan menerima sebarang fi atas urusan merujuk klien kepada ahli profesional yang lain.

    BAHAGIAN C: PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

    Bahagian ini memberi garis panduan tentang etika penyelidikan dan penerbitan. Ia merangkumi proses dan persetujuaan subjek dalam penyelidikan.

    Bahagian C1: Etika Penyelidikan

    §  Pematuhan etika penyelidikan :
    Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi etika penyelidikan di organisasi atau institusi pengajian tinggi tertentu.

    §  Kesejahteraan dan kebajikan subjek :
    Kaunselor perlu menjaga kesejahteraan serta kebajikan subjek sepanjang kajian dijalankan dan hendaklah membuat pengawasan yang sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesan negatif psikologi, fizikal atau sosial subjek.

    §  Kepatuhan pembantu penyelidik terhadap amalan etika :
    Kaunselor hendaklah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa amalan etika juga dipatuhi oleh pembantu penyelidiknya serta mereka yang terlibat  dalam penyelidikan.

    §  Laporan penyelidikan :
    Kaunselor perlu melaporkan pertemuan dalam penyelidikan secara jujur dan tidak memalsukan data semata-mata untuk menarik hati penaja.


    Bahagian C2: Persetujuan Subjek

    §  Penyertaan secara sukarela :
    Penyertaan dalam penyelidikan adalah secara sukarela. Penyertaan bukan sukarela hanyalah wajar jika telah terbukti bahawa penyertaan tidak membawa kemudharatan kepada subjek  dan benar-benar diperlukan bagi kajian tersebut.

    §  Maklumat jelas tentang penyelidikan :
    Dalam kajian yang menggunakan klien sebagai subjek sama ada secara langsung atau tidak, setiap klien mestilah dimaklumkan dengan jelasnya mengenai tujuan, kaedah kajian, kemungkinan faedah, kesan buruk, sebarang ketidak-selesaan dan kesukaran yang mungkin dirasai oleh klien.

    §  Persetujuaan bermaklum :
    Persetujuaan bermaklum perlu dibuat secara bertulis apabila klien bersetuju untuk menjadi subjek dalam penyelidikan.

    §  Hak subjek penyelidikan :
    Klien perlu dimaklumkan tentang haknya untuk menarik diri pada bila-bila masa, dan penarikan dirinya tidak akan memberi sebarang kesan terhadap perkhidmatan yang diterima.

    §  Maklumat terselindung :
    Dalam menjalankan sesuatu kajian, kemungkinan penyelidik perlu menggunakan maklumat terselindung (withholding information) atau maklumat yang tidak tepat (providing misinformation). Sebelum menjalankan kajian tersebut, penyelidik hendaklah menentukan bahawa:
    • Penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan budaya, nilai saintifik, pendidikan atau terapan.
    • Tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar dan,
    • Subjek diberi penjelasan yang cukup dengan  secepat mungkin.
    §  Limitasi dan keselamatan subjek kanak-kanak :
    Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kecacatan yang menghadkan kefahaman dan/atau komunikasi, penyelidik hendaklah mengambil prosedur langkah-langkah keselamatan yang wajar.

    §  Kerahsiaan penyelidikan :
    Semasa menjalankan penyelidikan, maklumat peribadi subjek hendaklah dirahsiakan kecuali dengan persetujuaan subjek. Jika terdapat kemungkinan orang lain memperoleh maklumat itu kaunselor perlu menerangkan tentang kemungkinan ini serta perancangan untuk mengawal kerahsiaan.


    Bahagian C3: Penerbitan

    §  Etika Penerbitan :
    Kaunselor bertanggungjawab mematuhi etika penerbitan dan undang-undang hakcipta dalam menerbitkan hasil penyelidikan.

    §  Ketepatan Maklumat :
    Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap.

    §  Kerahsiaan Subjek :
    Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal, kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek kecuali dengan kebenaran subjek tersebut

    BAHAGIAN D: LATIHAN

    Bahagian ini memberi garis panduan latihan, peluang bekerja dan segala maklumat yang diperlukan oleh kaunselor pelatih.

    Ø  Kandungan program latihan kaunselor :
    Pendidik kaunselor hendaklah menerangkan kepada kaunselor pelatih tentang  keperluan dan kandungan program latihan serta peluang perkerjaan yang ada sebelum kaunselor pelatih mengikuti program tersebut.

    Ø  Posisi latihan yang jelas :
    Pendidik kaunselor hendaklah mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum dan peranan kaunselor pelatih serta pengajar.

    Ø  Maklumat tentang kaunselor pelatih :
    Klien hendaklah diberitahu  jika dia diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor pelatih dan juga diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan.

    Ø  Kemahiran pendidik kaunselor :
    Pendidik kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai pengajar dan pengamal.

    Ø  Maklumat yang  benar :
    Pendidik kaunselor hendaklah memberi maklumat yang  benar tentang  kelayakn, kecekapan latihan dan pengalaman mereka.

    Ø  Penyalahgunaan kedudukan pendidik kaunselor :
    Pendidik kaunselor mestilah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar atau penyelia kaunselor pelatih di luar bidang profesional atas kepentingan peribadi, perhubungan emosi atau seksual.

    Ø  Mengelak kecederaan psikologi :
    Apabila merancang dan melaksanakan aktiviti latihan berbentuk pengalaman langsung (experiential activities) kaunselor hendaklah sentiasa peka kepada kemungkinan berlaku kecederaan psikologi terhadap klien individu atau kumpulan. Kaunselor perlu mendapat persetujuaan termaklum klien. sekiranya terdapat tanda-tanda kesan psikologi negatif terhadap klien, kaunselor bertanggungjawab untuk membuat susulan dan pemulihan.

    BAHAGIAN E: PENGUKURAN DAN PENILAIAN

    Bahagian ini memberi garis panduan dalam menjalankan pengukuran dan penilaian dalam perkhidmatan kaunseling:

    v  Maklumat lengkap ujian psikologi :
    Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang lengkap mengenai alat ujian psikologi supaya keputusan ujian psikologi tersebut itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul. Tujuan dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi kecuali pengecualian hak eksplisit dipersetujui terlebih dahulu.

    v  Kemahiran ujian psikologi :
    Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan ujian psikologi. Beliau hendaklah  menggunakan ujian psikologi yang beliau mempunyai kelayakan dan kemahiran untuk mentadbir dan menginterpretasikan keputusan ujian psikologi itu.

    v  Keputusan tepat :
    Kaunselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila membuat kenyataan kepada orang awam mengenai keputusan ujian psikologi dan kaedah pengujian.

    v  Tafsiran keputusan psikologi :
    Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian psikologi tidak disalah erti atau disalah gunakan. Semua tafsiran keputusan psikologi dibuat secara berhati-hati supaya tiada kecederaan psikologi berlaku terhadap klien.

    Sumber : Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia).

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...