Sunday, June 22, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (TETAP DAN KONTRAK) UMP


SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PSIKOLOGI ( 1 KEKOSONGAN TETAP DAN 1 KEKOSONGAN KONTRAK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

 Gred Jadual Gaji Minimum-Maksimum

 Gred S41 : RM1909.00 - RM8644.00

SYARAT LANTIKAN 1.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang dalam bidang sains
tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,521.70); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,828.32);

(d)  lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan 

Bagi jawatan yang ditawarkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, 
 Kampus Pekan dan Kampus Gambang. 

Keutamaan kepada calon : 

(a) telah mendapat lesen sebagai Kaunselor Berdaftar. 

(b) memiliki Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada 
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. 

 (c) mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana 
muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih). 

Tarikh tutup permohonan adalah : 4 Julai 2014

Maklumat lanjut sila layari : http://apps.ump.edu.my/online/cms/eRecruitment/attachment/Iklan%20jawatan%20kosong%20UMP%20Siri%207-2014%20e-Recruit.pdf

Permohonan atas talian di : http://apps.ump.edu.my/online/eRecruitment.jsp

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...