Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Sunday, June 22, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (TETAP DAN KONTRAK) UMP


SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PSIKOLOGI ( 1 KEKOSONGAN TETAP DAN 1 KEKOSONGAN KONTRAK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

 Gred Jadual Gaji Minimum-Maksimum

 Gred S41 : RM1909.00 - RM8644.00

SYARAT LANTIKAN 1.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang dalam bidang sains
tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,521.70); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,828.32);

(d)  lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan 

Bagi jawatan yang ditawarkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, 
 Kampus Pekan dan Kampus Gambang. 

Keutamaan kepada calon : 

(a) telah mendapat lesen sebagai Kaunselor Berdaftar. 

(b) memiliki Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada 
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. 

 (c) mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana 
muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih). 

Tarikh tutup permohonan adalah : 4 Julai 2014

Maklumat lanjut sila layari : http://apps.ump.edu.my/online/cms/eRecruitment/attachment/Iklan%20jawatan%20kosong%20UMP%20Siri%207-2014%20e-Recruit.pdf

Permohonan atas talian di : http://apps.ump.edu.my/online/eRecruitment.jsp

Thursday, June 19, 2014

30 PERBEZAAN Antara Lelaki dan Perempuan.




  1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur
  5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
  6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan lelaki.
  8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
  9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
  10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  14. Wanita lebih cepat menangis berbanding lelaki apabila mengingatkan peristiwa yang boleh menyebabkan dia menangis (peristiwa sedih).
  15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
  16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
  19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
  21. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
  22. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  23. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  24. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  25. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  26. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  27. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  28. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 
  29. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  30. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.                                                                                                                                
Sumber di olah dari : http://psikotube.blogspot.com/2010/09/30-bezanya-lelaki-wanita.html

Wednesday, June 18, 2014

20 Perkara Mengenai Wanita yang PERLU Lelaki Ketahui.


1. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

2. Jika seorang wanita memberi pelbagai alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

3. Tapi, jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

4. Jangan berlagak pandai dengan mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

5. Jika senjata lelaki adalah kata-kata, Senjata wanita adalah airmata!!

6. Wanita cuma mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

7. Mereka selalu meceritakan pelbagai perasaan yang mereka sedang rasa dan lalui kepada Teman baiknya saja.

8. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

9. Bagi wanita, cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

10. Jangan tackle kawan mereka.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

11.Walaupun bekas teman lelaki sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

12. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

13. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

14. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

15. Jiwa mereka sangatlah sensitif.

16. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

17. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

18. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

19. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

20. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Sumber di olah dari : http://psikotube.blogspot.com/2011/02/20-perkara-mengenai-perempuan.html

20 Perkara Mengenai Lelaki yang PERLU Wanita Ketahui.



Dibawah ini terdapat 20 perkara mengenai lelaki yang telah disenaraikan. Semak dalam diri anda adakah ianya tepat? Adakah lelaki yang anda kenali mempunyai ciri-ciri ini?

1. Lelaki pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

2. Lelaki akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

3. Lelaki sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

4. Lelaki mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

5. Lelaki kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

6. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

7. Lelaki cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

8. Lelaki membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

9. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, lelaki akan berasa serik dan tidak percaya degan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

10. Apabila timbul orang ketiga, lelaki akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

11. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

12. Lelaki tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

13. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatanya untuk seorang perempuan.

14. Lelaki sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

15. Lelaki banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

16. Lelaki berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap-luap.

17. Lelaki sentiasa takut kehilangan kekasihnya hingga ada yang sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

18. Lelaki juga tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

19. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

20. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Sumber di olah dari : http://psikotube.blogspot.com/2011/02/20-perkara-mengenai-lelaki.html

Tuesday, June 17, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (KONTRAK) PPUM

SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PSIKOLOGI (KONTRAK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

 Gred Jadual Gaji Minimum-Maksimum

 Gred S41 : RM1909.00 - RM8644.00

SYARAT LANTIKAN 1.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang dalam bidang sains
tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,521.70); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,828.32);

(d)  lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

capaian daftar kerja : http://spj.ummc.edu.my/

tarikh tutup : 29 June 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...