Sunday, March 29, 2015

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI S41 SPA KEDAH

Jawatan : Pegawai Psikologi
Gred       : S41

Jadual Gaji:

Jadual Gaji
Gaji Minimum - Gaji Maksimum
Imbuhan Tetap Khidmat AwamImbuhan Tetap Perumahan
RM 1909.00 - RM 8644.00300.00250.00

No Fail                  : SPA(K)/S/070
Klasifikasi            : Perkhidmatan Sosial
kumpulan            : Pengurusan dan Profesional
Deskripsi Tugas  :  Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti                                            berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

syarat lantikan:

(a)(i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2112.86); atau
 (ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2112.86); atau
 (iii)Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2521.70); atau
  Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2828.32); dan
    
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
   
(c) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
  (i)mempunyai kelayakan di atas; atau
  (ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
  (ii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
    
UMUR
1Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
2Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan PSL hendaklah;
 i)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
 ii)berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
 iii)berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
   
TARAF JAWATAN : Tetap
    
PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
1Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
2Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
    
CARA MEMOHON
 Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman http://spa.kedah.gov.my
    
TARIKH TUTUP
 Tarikh tutup permohonan jawatan:14 April 2015
    

CATATAN AM

1Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
2Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
    
Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Negeri Kedah Darul Aman.

Tarikh:29 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...