Thursday, November 5, 2015

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI S41 UUM (TETAP)


2.
(a)
Jawatan
:
PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41

(b)
Badan Berkanun
:
Universiti Utara Malaysia

(c)
Kumpulan Perkhidmatan
:
Pengurusan dan Profesional

(d)
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Sosial (S)
             Jadual Gaji      :                                              
           
Gred
Gaji
Gaji
Minimum
(RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar
Kenaikan Gaji
Tahunan (RM)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM)
Imbuhan Tetap Perumahan (RM)
Bantuan Sara Hidup
(RM)
S41
1,909.00
8,644.00
225.00
300.00
250.00
150.00

Syarat Lantikan :

i)                    Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,112.86); ATAU

ii)                   Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,112.86); ATAU

iii)                 Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,521.70); ATAU

iv)                Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,828.32); DAN

v)                  Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan :           Tetap

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Penyelidik Sosial adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas :  Umum

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada pelanggan.  

CARA MEMOHON

i)... Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/

ii)...Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.

i)        Tarikh tutup permohonan        :           24 November 2015 (Selasa)


CATATAN TAMBAHAN

a.      Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.

b.      Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.

c.      Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.



Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Jabatan Pendaftar,

Universiti Utara Malaysia,

06010 UUM Sintok,

Kedah Darul Aman


Tel      :       04-928 3114/3113
Faks    :       04-928 3120..........



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...