Monday, November 16, 2015

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI S41 (TETAP) UITM SARAWAK KAMPUS MUKAH



2.
(a)
Jawatan
:
PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41

(b)
Badan Berkanun
:
Universiti Teknologi MARA Sarawak (Kampus Mukah)

(c)
Kumpulan Perkhidmatan
:
Pengurusan dan Profesional

(d)
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Sosial (S)    

             (e) Syarat Lantikan :

i)                    Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,112.86); ATAU

ii)                   Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,112.86); ATAU

iii)                 Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,521.70); ATAU

iv)                Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,828.32); DAN

v)                  Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan :           Tetap

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedangg berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawata, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(a)   (1)  Mempunyai kelayakan di perenggan 2 (e) di atas; atau
      (11)  Lulus peperiksaan khas; dan

(b)  Had umur pelantikan;
       (1)  Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur 
              persaraan paksa 55 atau 56  tahun; atau
      (11)  Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur 
              persaraan paksa  58  tahun; atau
     (111) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur 
              persaraan paksa 60  tahun.

Fungsi Bidang Tugas :  Umum

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada pelanggan.  




TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 NOVEMBER 2015

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...