Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Sunday, May 31, 2015

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI S41 UiTM

PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41) - UiTM Kampus Shah Alam dan Cawangan. (Tetap/Kontrak)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada RM2521.70); atau
(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2828.32) dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)   (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
       (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)   Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

SYARAT LANTIKAN 

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

a. Untuk Bukan Staf UiTM Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

b. Untuk Staf UiTM sahaja Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, tarikh 03 April 2016 .

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

NO.TEL: (03) 5544 3082 /3077 / 3089 / 3007 /3092 (03) 5521 1028
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my


Maklumat lanjut layari : http://www.uitm.edu.my/images/stories/jobs/iklanjawatankosongmac2016.pdf

Borang Permohonan Online :
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...