Tarikh Iklan | : | 15-02-2016 |
Tarikh Tutup | : | 29-02-2016 |
No Siri Jawatan | : | 20160215SA41F |
| | JAWATAN : PEGAWAI PSIKOLOGI GRED : S41 KUMPULAN PERKHIDMATAN / KLASIFIKASI : Pengurusan dan Profesional/Perkhidmatan Sosial
JADUAL GAJI: MINIMUM - MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM1,909.00 RM8,644.00 RM225.00
ELAUN:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00 Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00 Bantuan Sara Hidup : RM250.00 – Johor Bahru
SYARAT LANTIKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- a) Warganegara Malaysia; b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; c) i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan: RM2,112.86) ATAU ii)Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan: RM2,112.86) ATAU iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan: RM2,521.70) ATAU iv)Ijazah doctor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM2,828.32)
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN 2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Kaunselor adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Universiti untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred S41 boleh ditetapkan oleh Pihak Universiti berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TARAF JAWATAN Taraf Jawatan : Tetap Lokasi : UTMJB
CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN: 1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui web UTM. 2. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap, tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya. 3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. 4. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan semasa menghadiri temuduga. 5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 6. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/ Badan - badan Berkanun/ Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor. 7. PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON. |
| | Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien. |
| | |
| | Sila catatkan No Siri Jawatan untuk memudahkan membuat permohonan |
| | Sila klik pautan berikut untuk -Permohonan On-Line- |
|
0 comments:
Post a Comment