Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Sunday, February 14, 2016

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (S41) UTM


Tarikh Iklan


15-02-2016
Tarikh Tutup : 29-02-2016
No Siri Jawatan : 20160215SA41F
  JAWATAN : PEGAWAI PSIKOLOGI
GRED : S41
KUMPULAN PERKHIDMATAN / KLASIFIKASI : Pengurusan dan Profesional/Perkhidmatan Sosial

JADUAL GAJI:
MINIMUM     - MAKSIMUM       KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,909.00    RM8,644.00            RM225.00

ELAUN: 

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM250.00 – Johor Bahru

SYARAT LANTIKAN:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)  i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    (Gaji permulaan: RM2,112.86) ATAU
ii)Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
   (Gaji permulaan: RM2,112.86) ATAU
iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
   (Gaji permulaan: RM2,521.70) ATAU
iv)Ijazah doctor falsafah  (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  (Gaji permulaan : RM2,828.32)

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN 
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Kaunselor adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Universiti untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred N41, tertakluk  kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
     a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
          (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
     b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


PENETAPAN GAJI PERMULAAN 


3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred S41 boleh ditetapkan oleh Pihak Universiti berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


TARAF JAWATAN 
Taraf Jawatan : Tetap
Lokasi : UTMJB

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:
1.    Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui web UTM.
2.    Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap, tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
3.    Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
4.    Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan semasa menghadiri temuduga.
5.    Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
6.    Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/ Badan - badan Berkanun/ Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua  Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar,     Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor.
7.    PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON.
  Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
   
  Sila catatkan No Siri Jawatan untuk memudahkan membuat permohonan
  Sila klik pautan berikut untuk  -Permohonan On-Line-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...