Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sepanjang bulan itu kementerian akan menjalankan sesi kaunseling secara percuma di pelbagai tempat di seluruh negara.

“Usaha itu bagi membantu masyarakat mengurangkan pelbagai tekanan kesan daripada berbagai faktor seperti terlalu penat, masalah keluarga, masalah hubungan dengan rakan dan pasangan serta kewangan.

“Jangan anggap apabila berjumpa kaunselor kita mengalami masalah mental. Pandangan itu salah. Sebenarnya dalam kalangan kita hari ini sering berdepan masalah kesihatan mental akibat tekanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Seminar Kaunseling Kebangsaan di kementeriannya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.