Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Tuesday, November 19, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) PPUKM

PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S41

Gred Gaji S41: 

MinimumMaksimum
P1RM1,908.45RM6,797.73

Elaun  : Imbuhan Tetap Khidmat Awam ( ITKA )  : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan ( ITP )  :   RM250.00
Bantuan Sara Hidup ( BSH ) : RM300.00

Taraf Jawatan: Tetap

Kekosongan: 1

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,112.86 )

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkah laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,112.86)


c) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,521.70 )
               
d) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan : RM2,828.32 )
dan
 e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Tarikh tutup permohonan : 2 Disember 2013

PERMOHOHAN BOLEH DIBUAT MELALUI : http://splashurl.com/nv96y7n

Sunday, October 27, 2013

Tangani Sabotaj Diri

12 perkara yang menyebabkan kita menyabotaj diri kita sendiri dan cara menghindari seperti yang ditulis oleh Amanda Gardner dalam artikelnya di Health.com

1. Malas bergerak @ melakukan aktiviti fizikal

Hal ini menjadi berbahaya sebab aktiviti fizikal merupakan peranan penting dalam menjaga kesihatan diri. Olahraga yang teratur medatangkan impak positif pada kimia otak dan hormon yang berkaitan dengan emosi, dan ianya dapat memberikan manfaat psikologi (seperti meningkatkan keyakinan diri) yang mendorong  kepada kesihatan mental yang lebih baik. Oleh sebab itu, jagalah ketepatan olahraga anda. Berolahragalah secara rutin setidak-tidaknya 15-20 minit sehari.

2. Mengabaikan waktu rehat
Mengabaikan waktu rehat akan menimbulkan kekacauan dalam diri anda. Segeralah perbaiki masa rehat anda. Jangan membiarkannya terbuang begitu sahaja. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan  maka akan menimbulkan beban pada diri dan beban ini memberi impak depresi yang berbahaya. Oleh itu, sesekali rawatlah diri anda dengan percutian yang panjang dan menyeronokkan.

3. Tidak cukup tidur
Bahkan, bayi yang tidak cukup tidur pun akan menangis, lekas marah, dan tidak cergas. Ini menunjukkan bahawa tidur yang cukup sangatlah penting bagi sesiapa pun. Jika, seseorang itu kurang waktu tidur yang kronis, ini akan meningkatkan risiko seseorang terkena depresi atau gangguan kecemasan. Prioritaskan tidur dan praktikkan perilaku tidur yang sihat, seperti mengelakkan pengambilan kafein dan alkohol dalam jam sebelum tidur. Selain itu, batasi penggunaan gadget Anda, sebab cahaya biru yang dipancarkan oleh peranti ini akan menekan hormon tidur melatonin dalam tubuh.

4. Minum alcohol @ kafien terlalu banyak
Alkohol  @ kafien dapat menekan sistem saraf dan berpotensi mengubah mood anda juga. Meskipun awalnya alcohol @ kafien dapat menghilangkan rasa mengantuk, hindarilah minum alcohol @ kafien di malam hari karana ianya akan membuat anda sukar untuk melelapkan mata dan mendapatkan rehat yang ideal.


5. Membanding-bandingkan
Terus-menerus membandingkan pendapatan atau harta kita dengan orang lain adalah "salah satu alasan mengapa Negara Amerika tidak segembira dengan orang di negara lain," ujar Dawn Buse, PhD, psikologis kesihatan di Montefiore Medical Center, New York. Buse menjelaskan bahawa membanding-bandingkan kekayaan akan membuatkan anda selalu merasa tidak puas dan cenderung berfikiran tidak rasional kerana hubungan antara pendapatan dan kebahagiaan sebenarnya jauh lebih lemah daripada apa yang kita fikirkan. Oleh sebab itu, bersyukurlah dengan apa yang anda miliki.

6. Pemikiran obsesif
Berfikiran obsesif akan mempercepatkan penafasan dan denyut jantung sehingga tubuh akan melepaskan hormon stres adrenalin dan kortisol. Semua ini berpengaruh kepada kesihatan fizikal dan emosional anda. Belajarlah untuk mengenali fikiran anda dan latihlah diri untuk menghindari obsesif. Tarik nafas dalam-dalam. "Letakkan gelang getah di pergelangan tangan anda sebagai pengingat dan setiap kali anda berfikiran obsesif, tarik ia kebelakang sedikit," saran Buse. "Ini adalah pengingat untuk berhenti berfikiran obsesif dan melatih mengubah fikiran anda."

7. Memendam amarah
Kemarahan dan kekecewaan adalah reaksi normal terhadap tentangan hidup yang tidak terduga. Namun, sekiranya anda menekan perasaan itu dan membiarkannya terus  dengan perasaan dendam dan keluha. Ianya akan menjadi parah. Beberapa kajian, secara amnya, telah menunjukkan bahawa kemarahan yang ditekan adalah berhubungan dengan gejala depresi. Jadi, sangat penting untuk mengekspresikan emosi negatif, tetapi hanya dalam cara yang tepat. Jika anda dapat mengawal kemarahan anda dengan cara yang tegas tapi tenang, kemungkinan anda akan merasa lebih baik sesudahnya. Jika itu bukan pilihan anda yang terbaik mungkin hanya membiarkannya pergi. Kajian menunjukkan bahawa tindakan memaafkan boleh memberikan manfaat kesihatan mental.

8. Terlalu banyak bekerja
Ketika keseimbangan kerja kita terabai, kita cenderung akan merasa stres dan itu dapat meningkatkan risiko kesihatan mental yang serius. Sebuah kajian dari pegawai kerajaan British pada tahun 2011 menemukan bahawa jam kerja lebih dari 11 jam sehari memiliki risiko depresi lebih dari dua kali ganda jika dibandingkan dengan bekerja 7 hingga 8 jam sehari. Untuk menghindari hal itu, fikirkan baik-baik mengenai nilai-nilai dan keutamaan anda. Selain itu, anda juga perlu mengasingkan waktu untuk keluarga, teman, dan hobi. "Kedengarannya agak lucu untuk merencanakan untuk bersenang-senang atau relaksasi, tetapi merancang waktu benar-benar penting," kata Buse.

9. Tidak kemana-mana
Dengan hanya berdiam diri di rumah, produksi vitamin D (yang diproduksi oleh tubuh sebagai respons terhadap sinar matahari) akan berkurang. Padahal, vitamin ini akan melindungi kita dari depresi. Dalam kajian terbaru, scan otak menunjukkan bahawa orang yang berjalan melewati taman yang tenang memiliki tingkat tekanan lebih rendah daripada mereka berjalan di jalan-jalan kota yang sibuk. Jadi, bergeraklah, keluarlah. “Jika anda bekerja di pejabat, berjalan-jalan di ruang hijau atau duduk di luar selama waktu rehat dalam 15 minit akan cukup membantu mendapatkan sinar matahari," kata Buse.

10. Isolasi sosial
Meskipun menarik diri dari teman dan keluarga adalah gejala umum dari depresi dan kecemasan, isolasi sosial dan perasaan kesepian juga akan meningkatkan kemungkinan masalah kesihatan mental. Sementara itu, hubungan yang kuat cenderung melindungi dari depresi dan mendapatkan kebahagiaan. Sekalipun anda sibuk, luangkanlah waktu untuk sekadar menghubungi atau bersantai bersama teman-teman anda.

11. Perfectionist
Mencuba untuk memenuhi standart tinggi dan mencapai kesempurnaan dalam segala hal adalah resepi untuk kekecewaan dan rendah diri. Jadi, tidak menghairankan bahwa perfectionism telah dikaitkan dengan masalah kesihatan mental termasuk depresi, kecemasan, dan gangguan makan. Daripada mementingkan kesempurnaan lebih baik anda menetapkan tujuan dengan bijak, menyambut kesalahan sebagai jalan untuk belajar, dan, yang terpenting, menikmati perjalanan, bukan hanya tujuan.

12. Pesimis
Pesimis yang secara konsisten melihat gelas sebagai setengah kosong tampaknya lebih mudah mendatangkan depresi, kecemasan, gangguan tidur, dan masalah kesihatan lainnya. Optimisme, di sisi lain, tampaknya untuk membantu mengatasi dan melindungi terhadap kondisi-kondisi yang sama. Fokuskan fikiran anda pada hal-hal positif. Dan jika anda tidak merasa bahagia, tetaplah tersenyum seolah-olah anda telah berhasil. "kajian telah menunjukkan bahawa tersenyum benar-benar dapat membuat anda merasa lebih bahagia dan lebih optimis tentang masa kini dan masa depan," kata Buse.

HEALTH.COM 

Thursday, September 26, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (EKSEKUTIF) PERKESO


Taraf Jawatan                                   : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan               : Eksekutif
Gaji                                                    : Lingkungan RM7450 – RM10120
Kekosongan                                     : 1 Kekosongan
Tempat                                              : Pusat Rehabilitasi PERKESO

Kelayakan dan Syarat-syarat Lantikan
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan;
  • Lulus Bahasa   Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris;
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan;
  • Mempunyai ciri-ciri personaliti yang mesra;
  • Adalah seorang yang boleh bekerja secara berpasukan;
  • Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam Rehabilitasi, Program Return to Work atau bidang yang berkaitan;
  • Bersedia bertugas di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka.


Monday, September 23, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI-S41 (Universiti Teknologi MARA - UiTM Cawangan Perak)

PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41) - UiTM Kampus Tapah Fasa 2/ Kampus Sri Iskandar

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada RM2521.70); atau
(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2828.32) dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)   (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
       (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)   Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Melaka) di http://www.melaka.uitm.edu.my
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, tarikh 7 Oktober 2013 .

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
KAMPUS TAPAH
35400 TAPAH ROAD
TAPAH
PERAK DARUL RIDZUAN
No Tel : +(605)-4181620

Maklumat lanjut layari : http://perak.uitm.edu.my/images/tapahcampus/iklan_web%202013-draf-tapah-newpdf.pdf

Borang permohonan : http://perak.uitm.edu.my/images/tapahcampus/borang%20permohonan%20jawatan%20pentadbiran%20-%20tapah.pdf

Sunday, September 22, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI-S41 (Universiti Teknologi MARA - UiTM Kampus Segamat & Pasir Gudang)



PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41) - UiTM Cawangan Johor (Kampus Segamat & Pasir Gudang)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada RM2521.70); atau
(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2828.32) dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)   (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
       (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)   Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Johor) di http://johor.uitm.edu.my/v2
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggaptidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Ahad, tarikh 14 Ogos 2016.


Maklumat lanjut layari jawatan bagi kampus cawangan johor : http://johor.uitm.edu.my/v2/images/stories/Pentadbiran/iklanjul2016.pdf

Borang permohonan jawatan bagi kampus cawangan johor : hhttp://johor.uitm.edu.my/v2/images/stories/Pentadbiran/borang/borangjawatanjul2016.pdf



Friday, September 20, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI-S41 (Universiti Teknologi MARA - UiTM)

PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41) - UiTM Jasin 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada RM2521.70); atau
(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2828.32) dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pe
nolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)   (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
       (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)   Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Melaka) di http://www.melaka.uitm.edu.my
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggaptidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, tarikh 7 Oktober 2013 .

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
KM26 JLN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
No Tel : +(606)-558 2000/ 2353

Maklumat lanjut layari : http://melaka.uitm.edu.my/v1/images/stories/gambar/gambarnews/iklanjawatan/maklumatkekosonganjasin.pdf

Borang permohonan : http://melaka.uitm.edu.my/v1/images/stories/gambar/gambarnews/iklanjawatan/borangjawatan.pdf

Tuesday, September 10, 2013

Peranan Leader dalam Kaunseling Kelompok



Leader dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor. Dalam kajian Liberman, Yalom dan Miles (1973) telah mengenalpasti peranan leader yang asas iaitu:

          1.   Merangsang (stimulate) emosi
          2.   Mengambil berat
          3.   Memberi makna (meaning attribution)
          4.   Pelaksanaan tugas (executive function)

Merangsang emosi melibatkan perlakuan ketua yang berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri dan dia kerap mengambil bahagian sebagai ahli.

Mengambil berat adalah salah satu fungsi ketua yang penting kerana melibatkan faktor melindungi, menjadi sahabat dan menunjukkan kasih mesra.

Memberi makna pula ialah ketua menyediakan ahli untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan. Pada masa yang sama, dia menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan kepada yang lebih diterima.

Melaksanakan tugas melibatkan faktor menentukan tempat pertemuan yang sesuai, mencadang atau menentukan peraturan dan norma-norma yang harus dipatuhi oleh ahli kumpulan, menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling kelompok.

Mengikut Rudestam (1982) fungsi ketua sebagai pakar adalah yang tertua. Dalam setiap interaksi kumpulan, terdapat banyak peluang bagi ketua untuk membuat komen tentang interaksi yang berlaku dalam kumpulan tidak kira apa juga teknik dan kemahiran yang digunakan. Selain itu, fungsi penting ketua juga ialah menggalak dan mengembangkan interaksi di antara ahli kelompok itu. Ketua yang berjaya berkongsi fungsi kepimpinannya dengan ahli lain lebih sedia mengetepikan perasaan mereka dan menggalakkan ahli menolong di antara satu sama lain. Ketua juga mempermudah sesuatu prose situ berlaku melalui kehadirannya dalam kelompok. Ketua menggalakkan kumpulan bertindak dan mengarahkan perhatian kumpulan pada perasaan hati yang sedang dilalui dan kebimbangan yang sedang dialami.

Di samping itu, ketua juga berperanan untuk menghalang campur tangan dalam kelompok untuk melindungi hak individu dalam kumpulan. Ini digunakan supaya setiap ahli dapat menggunakan haknya untuk mengeluarkan pendapat dalam kumpulan tetapi pada masa yang sama mengekalkan haknya untuk merahsiakan sesuatu. Seterusnya ketua berperanan untuk menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku dalam kelompok. Adalah menjadi tugas ketua untuk memastikan sengketa yang berlaku diselesaikan dalam kelompok dengan suasana yang tenteram dan tenang supaya penyelesaian dapat dicapai. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...