1. Manusia adalah antara spiesis yang
paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa
mempunyai tingkahlaku yang tersemat secara genetik (genetically imprinted)
dan ini menyebabkan manusia tidak mampu hidup sendiri sewaktu dilahirkan.
Kehidupan manusia pada peringkat awal ini, untuk beberapa tahun perlu
bergantung kepada orang lain.
2. Manusia juga menunjukkan perbezaan individu yang lebih
luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini bukan sahaja dengan jelas
membezakan antara seorang dengan seorang yang lain tetapi juga mengandakan lagi
potensi masyarakat dan meransangkan kemajuan peradaban.
3. Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan
dan berkembang jika mahu dibandingkan dengan spiesis lain. Sejak dilahirkan
sehinggakan dewasa otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda dalam
saiz dan berlipat kali ganda dari segi kapasitinya.
4. Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang boleh
menangkap dan merakam arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah
berlaku di masa lepas, bertindak di masa kini dan merancang untuk masa hadapan.
5. Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi
dimana mereka mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam
kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada
orang lain, merekod, menghantar dan menerima perkataan.
6. Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau
dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini memnyebabkan tingkahlaku
manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks
persekitaran dalam lingkungan dimana ia terjadi. Persekitaran mempengaruhi
tingkahlaku manusia.
7. Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik
akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang berasaskan
diantara alternatif yang ada untuk berubah.
0 comments:
Post a Comment