Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Showing posts with label Info Psikologi Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Info Psikologi Kaunseling. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Post Traumatik Stress Disoder (PTSD)


Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?
Post-traumatic stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut. Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami dan malapetaka. Mengikut kajian lebih kurang 7% hingga 8% daripada individu mengidap PTSD. Peratusan meningkat kepada sehingga 10%-30% di kalangan mangsa rogol . Manakala 50% daripada pesakit PTSD boleh mendapat kemurungan dan ini boleh mendedahkan mereka kepada perasaan ingin bunuh diri dan 50% pesakit PTSD lagi terlibat dengan ketagihan alcohol atau dadah seperti ubat tidur untuk menghilangkan kerisauan dan mengatasi masalah tidur mereka.

Apakah tanda-tanda yang membolehkan seseorang didiagnos sebagai mengidap PTSD?
Pakar psikiatri menggunakan DSM IV atau ICD 10 sebagai panduan untuk mendiagnos seseorang dengan PTSD. Di antara kriteria PTSD adalah:
  1. Pendedahan (Exposure) terhadap trauma. Pendedahan ini melibatkan individu tersebut berhadapan secara langsung atau tidak langsung (seperti menyaksikannya sahaja) trauma tersebut.
  2. Merasai kembali ( Re-experience) trauma. Individu tersebut merasai kembali seolah-olah trauma tersebut berlaku kembali terhadap dirinya. Ini termasuk mempunyai mimpi ngeri trauma, atau flashback tentang trauma sentiasa menyelubunginya
  3. Mudah terkejut dan resah ( Hyperarousal). Individu menjadi mudah terkejut dengan sebarang perkara yang barkaitan dengan trauma, tersentuh dan resah gelisah, mula menjauhkan diri dari orang lain, cepat marah, susah tidur dan boleh mendapat anxiety dan kemurungan
  4. Mengelak perkara berkaitan trauma ( Avoidance). Individu tersebut sedaya upaya tidak mahu mengingati apa-apa perkara yang berkaitan dengan trauma. Contohnya, jika PTSD berlaku selepas kemalangan jalan raya, individu itu cuba mengelak menaiki kenderaan, tidak melalui kawasan kemalangan dan lain-lain.
  5. Tanda-tanda di atas telah berlaku selama lebih sebulan selepas terdedah kepada trauma. Ia menyebabkan fungsi individu seperti pekerjaan, tugas seharian, hubungan dengan keluarga dan orang lain terjejas. Ia disahkan tiada kaitan dengan penyakit fizikal, pengambilan dadah atau ubat.
Bagaimana PTSD dirawat?
Rawatan Kecelaruan PTSD adalah menyeluruh berdasarkan prinsip biopsikososial dan spiritual. Rawatan juga bergantung kepada keterukan (severity) penyakit ini.Pesakit yang mengalami kecelaruan PTSD jarang sekali perlu dimasukkan ke hospital.

Ubat-ubatan
Ubat antianxiety seperti lorazepam (ativan) , alprazolam (xanax) perlu untuk menangani keresahan dan serangan panik tetapi diberi untuk tempoh yang singkat . Pesakit harus sedar ubat ini boleh menyebabkan ketagihan. Ubat antidepressant perlu diberi dan perlu dalam jangkamasa lama . Ia bolah bertindak sebagai antianxiety dan ia tidak menyebabkan ketagihan. Jika kecelaruan PTSD terlalu teruk sehingga pesakit mengalami episod kemurungan ia perlu juga diberi.

Pendekatan Psikososial
-Berbincang cara penyelesaian masalah ( problem solving technique)
-Berbincang cara meluahkan dan menangani kemarahan ( anger management)
-Berbincang cara terbaik menangani stress ( stress management & coping skill)
-Mendapat penjelasan tentang penyakit, rawatan dan komplikasi (Psychoeducation) 
-Menyelesaikan masalah sosial lain melalui rujukan kepada agensi berkenaan

Kaedah Psikoterapi
 -Behavioral therapy seperti teknik relaksasi dan mengamalkan teknik pernafasan yang betul
-Cognitive Behavioural Therapy (CBT) telah terbukti terbaik dan efektif untuk pesakit kecelaruan PTSD
-Exposure Therapy: Mendedahkan semula pesakit kepada trauma secara imaginasi secara sistematik dan berterusan agar mereka mengetahui bahawa imaginasi tersebut hanyalah dalam kotak fikiran mereka dan tidak langsung merbahaya. Ini boleh membantu mereka lali dengan trauma yang telah dialami
-Stress management: Menguruskan stress dengan baik.
-Teknik EMDR: Eye movement desensitization reprocessing. Pesakit menceritakan trauma yang telah berlaku dengan mata memberi tumpuan kepada pergerakan jari terapis.

Sumber : http://drsalmi.blogspot.com/

Ditindih "benda" atau Paralisis?

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

Menutur Dr.Haris, sebenarnya apa yang berlaku itu ialah merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan. Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. 

Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku. Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.


Warna mengikut Personaliti?


Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah:

Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.

Biru muda : Pengasih dan penyayang

Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi

Oren : Bersemangat dan komited

Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik

Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah

Merah : Berani dan emosional

Ungu : Kejayaan dan sikap positif

Hitam : Rasmi, serius atau hiba

Coklat : Matang dan bertanggungjawab

Putih : Bersih dan amanah


PENJELASAN TERPERINCI

HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH 
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH 
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP 
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.


PERANG 
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.


Sumber: http://psikotube.blogspot.com/2011/09/warna-personaliti.html

Thursday, December 20, 2012

TAHAP-TAHAP GRIEF: MENANGANI KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG



            Setiap individu mungkin pernah menghadapi situasi kehilangan orang yang disayangi. Malah ia mungkin boleh dikategorikan sebagai pengalaman paling buruk dalam sejarah hidup seseorang itu. Kematian orang yang tersayang boleh menimbulkan pelbagai keadaan dan perasaan yang bercampurbaur. Reaksi kepada situasi ini dikenali sebagai berkabung. Berkabung merupakan satu reaksi yang sihat dan semula jadi di dalam menghadapi kematian orang yang kita sayang. Setiap individu melalui saat berkabung dengan cara yang berbeza. Reaksi dalam proses berkabung dipengaruhi oleh cara kematian itu terjadi sama ada ianya secara mengejut atau selepas sakit yang berpanjangan, serapat mana perhubungan antara individu dengan si mati, personaliti individu dan kemahiran menangani masalah atau situasi, pengalaman hidup individu yang mengalami saat kehilangan, dan jalinan sokongan ahli keluarga dan orang sekeliling.

            Menurut Elisabeth Kubler-Ross, terdapat 5 peringkat kematian yang akan dialami oleh menusia sebelum kematian iaitu tahap penyangkalan (denial), tahap marah (anger), tahap tawar-menawar (bargaining), tahap depresi (depression) dan tahap penerimaan (acceptance). Kelima-lima tahap menurut Elisabeth Kubler-Ross mempunyai satu tindakan emosi yang menyebabkan individu terbabit menjadi lemah, lesu, stress dan sebagainya dalam menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Oleh itu, terdapat beberapa cara bagi mengelakkan atau menangani kehilangan orang tersayang ini mengikup setiap tahap.

            Seseorang individu yang berada di tahap penyangkalan (denial) akan mengalami beberapa perubahan seperti kelihatan mudah keletihan, pucat, gelisah, degup jantung bertambah, mual serta sesak nafas. Peringkat ini individu terbabit tidak dapat menerima hakikat kematian yang telah berlaku. Oleh itu, cara yang difikirkan terbaik untuk menangani kehilangan orang yang tersayang di peringkat ini ialah dengan meluahkan kepada rakan-rakan atau saudara terdekat sehingga anda percaya bahawa kematian itu pasti dan anda boleh menerima hakikat kematian itu. Sekiranya rakan-rakan anda sudah mula penat mendengar cerita anda, anda boleh berkongsi cerita itu dengan ahli agama, kaunselor atau ahli terapi. Dengan meluahkan segalanya, anda pasti lama kelamaan akan menerima kehilangan orang tersayang itu.

            Anda juga boleh menanganinya dengan melihat wajah atau tubuh arwah atau si mati buat kali yang terakhirnya dan mengikuti keseluruhan proses pengkebumian supaya anda boleh menerima kenyataan kehilangan orang yang tersayang. Anda juga digalakkan mencari dan mengumpul maklumat yang sebanyaknya berkenaan punca kematian daripada pihak polis, doktor dan sebagainya supaya anda lebih yakin dengan kehilangan itu. Mungkin anda tidak boleh menerima sebab kematian orang yang tersayang seperti mati dibunuh atau terlibat dengan kemalangan ngeri. Oleh itu, dapatkan maklumat dan fakta yang tepat dan berguna supaya anda dapat menerima kehilangan tersebut. Kemudian, kenal pasti perasaan anda sama ada masih lagi tidak boleh menerima kehilangan terbabit atau tidak. Sekiranya tidak, pastikan anda bersedia dengan keadaan yang memungkinkan anda menderita. Oleh itu, berfikiran positiflah dan terima ketentuan yang telah ditakdirkan.

            Tahap marah (anger) pula menunjukkan tanda-tanda wajah kemerah-merahan, kurang tidur dan gelisah. Individu yang berada di tahap ini akan membuat satu penilaian terhadap sesuatu yang dirinya sendiri tidak berpuas hati. Individu yang sudah boleh menerima keadaan kehilangan tidak akan berada di tahap ini. Sewajarnya, individu yang berada di tahap ini diberi peluang sehingga kemarahannya reda dan kemudian tulis pada satu kertas berkenaan punca dan sebab kemarahannya itu. Selepas menyenaraikan segalanya, pastikan emosi pada waktu itu sudah terkawal dan seterusnya cuba perbetulkan apa yang hendak dibetulkan dalam senarai yang telah dibuat tadi.

            Individu yang berada di tahap ini tidak memerlukan nasihat kerana nasihat baginya adalah satu bentuk penilaian. Oleh itu, langkah yang dinyatakan diawal tadi berkesan bagi individu seperti ini. Seperti contoh, kes yang berlaku kepada adik Nurin yang telah dibunuh dengan kejam. Ayahnya pasti marah dengan tindakan pembunuh. Namun, kemarahannya reda sedikit kerana dia juga menyesal kerana melepaskan anaknya keluar berseorangan bermain di luar rumah. Keadaan ini membuatkan ayahnya marah kepada pembunuh dan dalam masa yang sama marah kepada diri sendiri, mungkin. Keadaan ini membuatkan ayahnya berfikiran seandainya dia dapat menghindari kehilangan ini atau pun seandainya dia dapat balik kemasa lalu pasti dia akan menghalang anaknya daripada keluar bermain di luar.

            Di sinilah bermulanya tahap tawar-menawar (bargaining). Pada tahap ini, individu akan mula berasa salah atas tindakan lalu mereka. Individu yang terlibat akan mula mengeluarkan perasaan seandainya, jika dan sekiranya perkara yang telah berlaku dapat dielakkan atau dihindarkan. Hakikatnya, tahap ini tidak langsung memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dia hadapi. Bagi menghindari masalah ini, individu terbabit digalakkan supaya mengelakkan diri daripada mengenang peristiwa lepas. Mengingati peristiwa lepas dalam keadaan tawar-menawar ini hanya akan membuatkan anda menjadi bertambah stress. Kejadian yang lepas hanya akan membuatkan anda menjadi lebih tertekan. Oleh itu, cara terbaik untuk menangani kehilangan orang tersayang di tahap ini adalah dengan mengelakkan diri dari mengenang peristiwa lepas.

            Cara lain yang terbaik adalah dengan bersedia memaafkan diri sendiri. Dalam keadaan ini, individu tersebut akan merasa bersalah kerana tindakan lepasnya. Oleh itu, anda perlu bersedia memaafkan diri sendiri walau sebesar mana pun  kesalahan yang anda lakukan anda pelu memaafkannya supaya anda tidak dibebani dengan rasa bersalah seumur hidup dan akhirnya akan menjejaskan kehidupan anda. Dalam masa yang sama anda perlu cuba perbaiki kesalahan yang telah anda lakukan sekiranya mampu seperti mengubah sikap dan sebagainya. Hanya dengan itu, anda akan berpuas hati dengan apa yang anda lakukan. Seterusnya anda bolehlah mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lepas supaya dengan itu anda tidak mengulangi keadaan yang sama dengan apa yang telah anda lakukan sebelum ini.

Tahap depresi (depression) akan menyebabkan individu akan berputus asa dan sentiasa dalam keadaan murung (tidak bermaya). Ini disebabkan mereka berhadapan dengan perasaan yang sangat sedih, takut, kesal dan sedikit sebanyak mereka tidak dapat menerima hakikat pada awalnya dan selalu bersendiri. Cara terbaik bagi menangani masalah di tahap ini adalah dengan kurangkan mengingati orang yang telah pergi dan berkongsi cerita dengan orang lain. Dengan ini, dapat mengelakkan anda dari depresi terhadap kehilangan orang yang tersayang. Perkongsian cerita akan membuatkan anda lega dan elakkan topik yang akan membuatkan anda menjadi semakin stress seterusnya mengalami depresi.

            Melihat foto-foto lama juga berkesan kerana anda akan mengenang satu kisah atau cerita yang sangat menarik sehingga anda tertawa mengenangkannya. Anda juga boleh berkongsi cerita ini dengan keluarga dan rakan-rakan. Pastikan anda mengenang peristiwa yang menarik dan berharga sahaja kerana anda akan gembira dan tersenyum mengenangkannya. Elakkan dari mengenang peristiwa yang membuatkan anda rasa kecewa dan putus asa kerana anda akan bertambah depresi.

            Bagi menangani kehilangan orang tersayang di tahap ini juga anda boleh melakukan pelbagai perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Dengan membuatkan diri anda sentiasa sibuk dalam menguruskan kehidupan harian anda pasti akan lupa pada depresi berkenaan kehilangan orang yang tersayang. Lakukan pelbagai aktiviti yang dirasakan perlu dan pastikan aktiviti itu tidak membuatkan anda lagi bertambah stress seterusnya depresi. Anda juga digalakan supaya tidak mengambil arak sebagai jalan penyelesaian dalam masalah depresi. Kenyataan bahawa arak mampu menghilangkan depresi dan tekanan adalah salah sama sekali. Sebaliknya, hanya akan mendatangkan masalah kepada anda seperti masalah kesihatan.

            Mendapatkan sokongan  daripada kumpulan yang sama iaitu golongan yang menghadapi masalah depresi juga akan membantu anda kerana mereka mempunyai pengalaman yang sama dan anda boleh bertukar-tukar padangan dan idea sesama sendiri bagi tujuan pemantapan diri anda. Pastikan kumpulan yang anda cari merupakan kumpulan yang betul-betul boleh memberi sokongan dan bukan orang yang akan membuatkan anda menjadi bertambah depresi.

Tahap yang terakhir ialah tahap penerimaan (acceptance). Tahap ini berkaitan dengan reorganisasi perasaan kehilangan. Individu akan menyedari bahawa hidup mereka harus diteruskan dan mereka harus mencari makna baru dari keberadaan mereka. Fikiran yang selalu terpusat pada objek atau orang yang hilang akan mulai berkurang atau menghilang. Individu telah menerima kenyataan kehilangan yang dialaminya,  gambaran tentang objek atau orang yang hilang mulai dilepaskan dan secara bertahap perhatian dialihkan kepada objek yang baru (Suliswati, 2005).

Individu yang berada di tahap ini kebiasaanya telah dapat menerima segala yang telah terjadi terhadap dirinya. Individu terbabit telah mula menerima kehilangan orang yang tersayang walaupun pada permulaannya merasa berat untuk melepaskannya. Pada tahap ini juga segala masalah yang dihadapi dahulu telah dapat diselesaikan dan emosi individu yang terlibat menjadi stabil dan selesa.

Kesimpulannya, individu terlibat perlu mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, masyarakat setempat dalam proses menangani kehilangan orang yang tersayang. Individu yang menghadapi masalah kesihatan mungkin boleh mengambil ubat untuk sembuh tetapi bagi menangani masalah kehilangan orang yang tersayang ubat tidak mampu menyembuhkannya melainkan sokongan daripada pelbagai pihak.


-Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)

           


PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU SOSIAL INDIVIDU DALAM SITUASI SOSIAL DAN IMPLIKASI TINGKAH LAKU SOSIAL KEPADA TUGAS KAUNSELING




            Pembentukan tingkah laku sosial individu bermula sejak dari kecil iaitu bermula dari zaman kelahiran sehingga kematian yang mana pembentukan tingkah laku ini dipengaruhi oleh pelbagai situasi sosial. Pembentukan tingkah laku sosial individu ini boleh dipelajari melalui pengalaman-pengalaman sosialis sikap iaitu melalui situasi sosial seperti keluarga, saudara mara, media massa, rakan, guru, masyarakat, dan lain-lain.
            Lazimnya, pembentukan tingkah laku sosial individu ini boleh dipelajari melalui pengalaman sesuai dengan teori yang dipelopori oleh Ivan Pavlov iaitu pelaziman klasik. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu tingkah laku boleh dipelajari dengan adanya rangsangan dan tingkah laku akan terbentuk sebagai gerakbalas bagi rangsangan yang diberikan. Tingkah laku yang dibentuk boleh menjadi adaptif atau maladaptif bergantung kepada rangsangan yang diberikan.
            B.F. Skinner juga berpendapat bahawa pembentukan tingkah laku individu dalam situasi sosial boleh dibentuk sesuai dengan teorinya iaitu pelaziman operan. Teori ini menjelaskan bahawa pembentukan tingkah laku itu dipengaruhi oleh peneguhan (ganjaran). Ganjaran yang diberikan akan membuatkan gerak balas kepada pembentukan tingkah laku di masa akan datang menjadi tinggi.
            Ahli falsafah Yunani Alcmaeon, Empedocles dan Democritus pada abad ke-4 & ke-5 sebelum masihi telah mencadangkan satu teori yang menunjukkan bahawa pembentukan tingkah laku individu dalam situasi sosial boleh di tiru dan mereka menamakan teori ini sebagai teori salinan. Ketiga-tiga teori ini menunjukkan bahawa pembentukan tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pembelajaran.
Pembentukan tingkah laku mestilah selari dengan sikap supaya sesuatu perbuatan itu menjadi munasabah. Namun begitu, terdapat juga beberapa situasi yang tidak selari dengan sikap iaitu sikap kita bersaing antara satu sama lain, kita berasa tidak mampu untuk mengawal tingkah laku, kita berasa tidak mempunyai pilihan lain, terdapat norma sosial menyatakan bagaimana harus bertingkah laku dalam keadaan tertentu, kesan-kesan daripada tingkah laku negatif dan kita bertindak berdasarkan tekanan kebiasaan.
Jelasnya, keadaan ini mendatangkan implikasi tingkah laku soial kepada tugas kaunseling antaranya kajian semula kepada tugas kaunseling, mendidik idea kaunseling kepada masyarakat, mengadakan kempen kesedaran, melaksanakan penerbitan bagi tujuan rujukan dan pembacaan, menjadikan seorang kaunselor lebih professional dan berkesan, sentiasa mengambil tahu keadaan semasa dan menawarkan perkhidmatan intervensi apabila diperlukan.
            Kesannya, pembentukan tingkah laku sosial akan membuatkan perubahan kepada norma masyarakat sekaligus mendatangkan implikasi kepada tugas kaunseling. Perbentukan tingkah laku yang maladaptif akan mewujudkan masalah sosial dalam masyarakat. Keadaan ini mendatangkan kesan kepada tugas kaunseling yang mana kaunselor perlu membantu individu berubah kepada tingkah laku yang lebih baik bagi mengelakkan masalah sosial berlaku.
            Pembentukan tingkah laku sosial individu dalam situasi sosial boleh dilihat dalam pelbagai isu antaranya isu bunuh diri. Mengikut statistik di Malaysia, purata 6 orang bunuh diri setiap hari, 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Manakala statistik dunia pula menunjukkan bahawa hampir satu juta orang yang meninggal akibat bunuh diri dan masalah ini sering dilakukan oleh kaum wanita.
            Laporan akhbar Kosmo pada 21 November 2008 bertajuk “Mahu gadai nyawa demi Fadhil – Gadis cuba terjun dari bumbung hotel sebab ada masalah dengan kekasih”. Gadis yang bernama Sya ini tekad mahu membunuh diri jika tidak dapat bersama kekasihnya Fadhil. Kejadian ini berlaku di Kuala Terengganu.
            Dua hari selepas itu, laporan akhbar yang sama pada 23 November 2008 memaparkan cubaan bunuh diri seorang wanita yang mengalami masalah rumah tangga yang mana beliau merupakan isteri kedua dan dijangkakan akan bermadu lagi. Kejadian ini berlaku di Kuala Berang.
            Peristiwa cubaan membunuh diri ini tidak hanya berlaku pada kaum wanita. Buktinya, pada 9 April 2008 di akhbar kosmo melaporkan kejadian cubaan membunuh diri seorang lelaki berusia awal 20-an di Genting Highlands. Lelaki terbabit telah terjun keluar dari kereta kebel yang dinaikinya namun terselamat kerana jatuh di jaring keselamatan.
        Isu membunuh diri bukan sahaja wujud di Malaysia malah di seluruh dunia. Contohnya, Kementerian Pertahanan Rejim Zionis Israel melaporkan bahawa bilangan tentera yang mati membunuh diri adalah lebih ramai berbanding dengan bilangan tentera yang terkorban dalam peperangan.
            Namun begitu, disebalik kerisauan masyarakat dunia terhadap tingkah laku membunuh diri ini ada pula pihak yang menawarkan perkhidmatan kaunseling bunuh diri. Peristiwa ini berlaku di Eropah di mana kaunselor Roger Kusch memberikan perkhidmatan membunuh diri secara terancang dengan mengenakan bayaran sebanyak 8,000 euro (RM 38,867) setiap kes yang dibantu. Roger Kusch berpendapat bahawa perkhidmatan ini perlu kerana permintaan masyarakat terutama golongan tua terhadapnya. Perkhidmatan ini sememangnya salah dari segi etika kaunseling dan telah diharamkan oleh Parlimen Jerman.
            Kesimpulannya, tingkah laku yang baik perlu diamalkan supaya menjadi ikutan kepada ahli masyarakat yang lain dan tingkah laku yang kurang baik perlu diperbaiki sesuai dengan tuntutan agama dan norma masyarakat setempat. Pembentukan tingkah laku yang baik perlulah dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi agar kualitinya nanti terjamin.

-Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)

Wednesday, December 19, 2012

Apa itu Dissomnia ( Kualiti Tidur ) ??

JENIS-JENIS DISSOMNIA :-

Insomnia Primer
1.  Insomnia kronik yang tidak dapat dikaitkan dengan kecelaruan psikologi atau fizikal, atau tidak boleh  diatasi dengan ubat
·         2. Susah tidur, tidak nyenyak bagi tempoh satu bulan atau lebih
·         3. Orang muda merungut susah nak tidur
·        4. Orang tua merungut selalu bangun tengah malam atau bagun terlalu pagi




Hypersomnia Primer
· Terlalu banyak tidur waktu siang selama sebulan atau lebih
· Susah bangun bila tidur terlalu lama seperti 8 ke 12 jam
· Tidur siang setiap hari selama satu jam tetapi tidak rasa segar
· Tidur sambil tonton TV


        



   Narkolepsi

·       1. Serangan tidur tanpa apa-apa amaran pada waktu siang
·              2. Tidur 15 minit secara purata
·              3. Boleh berlaku waktu sedang bercakap, tiba-tiba tersungkur ke lantai   
            dan tidur
·              4. Diiringi cataplexy (hilang kawalan otot) dan tidur REM (Rapid Eye    
             Movement)
·             5. Mimpi – REM yang cepat



Kecelaruan Tidur Berkaitan Pernafasan
       ·  Apnea – yang paling banyak berlaku (Lelaki usia pertengahan tahun banyak mengalaminya juga mudah berlaku pada orang muda yang obese serta mempunyai kualiti hidup yang rendah. Boleh dikaitkan dengan hypertension, serangan jantung & lumpuh.)
· Berhenti bernafas selama 15 – 90 saat waktu tidur dan berlaku sebanyak 500 kali dalam satu malam
· Disebabkan oleh bahagian atas pernafasan tersekat, seperti tonsil besar  dan lelangit tebal
· Bangun duduk, ambil nafas, baring semula tanpa terjaga atau menyedari berhenti bernafas


Kecelaruan Tidur Irama Circadian

· Kebanyakan fungsi badan mengikut satu pusingan dalaman yang   dinamakan irama circadian
· Kecelaruan tidur di mana terdapat ketidaksepadanan antara             pusingan tidur-jaga yang normal dengan kehendak persekitaran
· Kerja syif malam menyebabkan kecelaruan seperti ini berlaku seperti doktor, jururawat, pengawal keselamatan, pekerja kilang dan lain-lain





Sumber :  Datin Dr. Noran Fauziah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...