Thursday, December 20, 2012

KAUNSELING SILANG BUDAYA SECARA UMUMNYA DAN BAGAIMANA IA RELEVEN DALAM KONTEKS MALAYSIA




DO WE NEED MULTICULTURAL COUNSELING COMPETENCIES?

            Terdapat 2 akar umbi kepada ketidakrelevenan kopentensi iaitu dalam kenyataan : (a) that “we are all multicultural individuals” (Arrendondo et al., 1996, p.3) dan (b) that “everyone is a multicultural person” (p.8). Begitulah persoalan yang dikemukakan oleh pengkaji dalam meneliti aspek keperluan kopentensi kaunseling silang budaya.
            Dalam kajian ini terdapat 2 andaian yang salah mengenai tajuk kajian. Andaian bahawa kaunseling atau psikoterapi adalah berkenaan infomasi, pengetahuan, praktis, kemahiran atau teknik dalam kaunseling silang budaya adalah salah. Apa yang lebih ditekankan adalah berkenaan dengan kuasa penyembuh termasuk mengambil berat terhadap sesuatu. Andaian kedua yang salah adalah berkenaan perbezaan klien adalah penting berbanding dengan persamaannya. Penekanan lebih ditumpukan kepada pembahagian kumpulan yang sama.
            Setiap kumpulan yang berbeza mempunyai identiti atau cara yang unik dan tersendiri terutama dalam pembentukan kumpulan mengikut budaya, kaum, dan etnik yang dipegang. Oleh itu, kepentingan memilih atau mengembangkan teknik, teori dan kaedah dalam memahami setiap buday adalah perlu bagi memastikan limitasi dalam sesi tidak berlaku. Dalam pada itu, satu teknik atau teori yang universal dan boleh diguna pakai oleh semua ahli terapi adalah perlu dalam mengendalikan kes silang budaya dalam masyarakat hari ini yang wujud dengan kepelbagaian yang ada dalam diri setiap individu itu sendiri.
            Sistem universal ini telah lama dikenali iaitu teori pemusatan insan oleh Carl Rogers. Antara yang digariskan ialah tentang menghormati klien. Ianya mengambil kira mempercayai klien mampu mengubah dirinya dengan mengambil tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan olehnya sendiri adalah benar.
            Keduanya adalah keikhlasan dimana kaunselor bertindak dalam perhubungan yang sebanar dan bukannya menjadi seorang yang mengetahui semua perkara sebaliknya menjadi diri sendiri yang lebiih ditekankan dalam membantu klien yang berfokus kepada silang budaya.
            Perasaan empati juga merupakan modal utama dalam teori ini dengan menunjukkan perasaan empati sahaja yang dapat membuatkan seseorang kaunselor itu memasuki dunia kliennya dan mula meneroka isu sebenar klien dengan lebih terbuka. Sekiranya perasaan empati ini tiada klien akan mula menutup perasaannya untuk dikongsikan dan proses penerokoaan akan sukar dijalankan.
            Komunikasi yang berkesan juga dititikberatkan. Masalah komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya. Oleh yang demikian seseorang kaunselor perlu memastikan bahawa dia telah siap sedia untuk menerima klien dan bersedia dengan komunikasi yang dipertuturkan dalam memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Menurut Sue, 1989; Sue & Sue , 1990 memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam menjalani sesi kaunseling silang budaya. Klien dengan sendirinya akan menilai dirinya sekiranya kualiti kaunselor dalam menghormati dan penerimaan tanpa syart serta memahami klien dari sudut perspektifnya sendiri akan membantu klien berkembang dengan sendirinya. Begitulah unik nya teori yang dikemukakan oleh Carl Rogers.
            Satu lagi yang difikirkan penting adalah pengstukturan dimana klien yang datang dari budaya yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri dan dengan cara mengingatkan peranan yang dimainkan akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Proses ini membantu klien daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih fokus kepada isu yang dibincangkan dan ianya akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan sistematik.
            Kesimpulannya dalam kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa tiada satu pun teori atau teknik yang boleh digunapakai secara kekal kepada mana-mana kelompok kaunseling yang berbeza dan datang darki pelbagai budaya. Pengkaji berpendapat bahawa gabungan teori dan kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori yang belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan perbezaan yang ada dalam diri setiap klien. Oleh yang demikian pengkasi menolak persoalan tajuk kajian keperluan kopentensi kaunseling silang budaya.

PANDANGAN
            Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh kerana itu, perkhidmatan kaunseling juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di negara ini. Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang budaya. Perkara asas dalam negara ini adalah persefahaman. Maka, dengan itu perkhidmatan ini sangat releven dan berguna kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kesefahaman inilah yang memudahkan setiap sesi silang budaya yang dijalankan menampakkan kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami oleh masyarakat Malaysia menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan kompenan silang budaya itu sendiri.  Makanya, saya bersetuju dnegan pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang sesuai untuk kelancaran kaunseling silang budaya dan ianya lebih tertumpu kepada keterbukaan pelbagai teknik yang sesuai dengan budaya yang ada.
            Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu memahami budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru yang melibatkan perkahwinan campur. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan teliti supaya kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh mennjejaskan padangan budaya klien.
            Disebalik keunikan  ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran dan komunikasi yang berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Namun, terdapat pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang standart dapat memudahkan sesi supaya berlangsung dengan lancarnya. Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih terbuka dalam memahami setiap dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia ini dan memahami budayanya sekali.
            Selain itu, faktor agama juga perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor supaya memahami sensitiviti ini dan kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama masing-masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu memahami nilai dan pegangan sesuatu agama itu bagai memastikan kaunselor tidak meletakkan nilai pada klien. Dalam hal ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.
            Dalam mengwujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini, telah banyak sektor swasta yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat umum dan perkhidmatan ini digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan  seorang kaunselor adalah sangat penting. Kaunseling silang budaya boleh dilakukan dalam sesi individu , kelompok, keluarga dan lain-lain.
            Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan kaunseling silang budaya supaya apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan dapat menjalankan sesi silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, saya melihat Malaysia masih lagi belum mencapai tahap perkembangan dalam aspek kaunseling silang budaya ini. Tidak banyak kajian berkenaannya sedangkan negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan ini masih berlum berkembang sepenuhnya dan diharapkan selepas ini Malaysia akan menjadi peneraju dalam penyelidikan kaunseling silang budaya.
            Kesimpulannya, tidak terdapat satu teknik atau kaedah pun yang sesuai digunakan oleh pegawai psikologi atau kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling silang budaya. Banyak cara dan kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan sesi dan menjadikan sesi bergerak secarak efektif dan kreatif. Asasnya kaunseling silang budaya ini sangat signifikan dan releven dijalankan di Malaysia. 

-Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...