Sunday, August 10, 2014

Perkhidmatan kaunseling

Anda boleh berinteraksi bersama saya dalam sesi kaunseling online menggunakan e-mail. Sebelum anda meneruskan hasrat menulis e-mail kepada saya. Anda dinasihatkan untuk membaca beberapa perkara penting di bawah:

Peranan Kaunselor
 

  • bersedia mendengar, memahami dan berinteraksi dengan anda melalui e-mel terhadap sebarang isu yang kemukakan.
  • Segala yang anda kongsi adalah SULIT dan akan saya rahsiakan kecuali jika saya merasai anda mungkin akan mengancam keselamatan diri anda dan orang awam.
  • Dalam kes berkenaan, kita akan bergerak melakukan kaunseling krisis yang mungkin akan melibatkan polis, wad psikitri dan/atau ahli keluarga anda.
  • Kerahsiaan juga melibatkan tanggungjawab saya untuk merahsiakan identiti anda. Anda boleh terus tidak memberitahu latar belakang sebenar anda dan saya akan tetap menghormati pilihan anda.
  • Anda mungkin memerlukan alamat e-mel lain sekiranya anda berhasrat tidak mahu saya mengetahui siapa diri anda (tidak penting bagi saya).

Peranan anda
 
  • membebaskan diri dari sebagai bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada saya.
  • Anda boleh menulis emel kepada saya sekerap yang anda mahu.

    Walau bagaimana pun, ciri-ciri e-mel tidak membolehkan saya berinteraksi dengan anda secara automatik. Saya harap anda faham tentang had teknologi melalui e-mel yang akan kita gunakan. Anda juga seharusnya merahsiakan hubungan kaunseling kita demi menjaga etika kerahsiaan kaunseling tercapai.

    Oleh kerana persetujuan hubungan kita hanya melalui e-mel, anda tidak digalakkan menghubungi saya melalui telefon atau bersemuka (kecuali bagi kes tertentu setelah persetujuan dua belah pihak tercapai). Sebagai klien, anda juga berhak memutuskan hubungan kaunseling kita bila-bila masa sahaja. Walau bagaimana pun, saya amat berharap anda dapat memaklumkan kepada saya satu sesi (satu e-mel) sebelum anda berhasrat menamatkannya.

LIMITASI PERKHIDMATAN E-KAUNSELING


  1. Perlu diingatkan bahawa perkhidmatan e-kaunseling adalah satu cara untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, perkhidmatan e-kaunseling tidak sama dengan perkhidmatan kaunseling bersemuka. Kaunseling bersemuka membolehkan anda bertemu kaunselor secara bersemuka dan ini membolehkan kaunselor membantu anda dengan lebih menyeluruh lagi. Anda boleh dapati perkhidmatan ini di sekolah-sekolah anda, pusat-pusat khidmat komuniti berhampiran dan juga dari klinik-klinik yang menawarkan perkhidmatan kesihatan mental.
     
  2. Tidak semua jenis masalah sesuai dengan e-kaunseling. Masalah-masalah yang membahayakan diri dan orang lain perlukan bantuan kaunseling secara bersemuka. Antara masalah yang dicadangkan untuk mendapatkan bantuan kaunseling bersemuka ialah kemurungan yang serius, kecenderungan untuk membunuh diri, penyalahgunaan dadah dan halusinasi kerana masalah-masalah ini akan ditangani secara pendekatan klinikal. Bagaimanapun, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan rujukan pusat-pusat yang menawarkan perkhidmatan bersemuka berhampiran tempat tinggal anda.
     
  3. Dalam kecanggihan pembangunan internet, kemungkinan laman web ini digodam (hacked) masih ada. Bagaimanapun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan data anda. Semua data klien akan dipindahkan ke komputer peribadi dan kemudian dilupuskan dari data e-mel.
     
  4. Peruntukan Akta Kaunselor 1998, terdapat klausa yang memerlukan kaunselor mendedahkan maklumat atas tuntutan undang-undang dalam kes-kes tertentu seperti berlakunya jenayah, cubaan bunuh diri dan kematian. Klausa ini memerlukan kaunselor perkhidmatan kaunseling bersemuka dan juga e-kaunseling mendedahkan maklumat yang dibincangkan dalam sesi. Bagaimanapun sekiranya perkara ini berlaku, anda akan saya maklumkan kepada anda terlebih dahulu sebelum saya mendedahkannya atas tuntutan undang-undang.
     
  5. Atas tuntutan Garis panduan Perkhidmatan E-kaunseling American Counseling Association (ACA Ethical Standards for Internet Counseling, 1999), sekiranya anda berumur 18 tahun ke bawah, sila maklumkan kepada penjaga anda bahawa anda melayari laman web ini. Ini membolehkan penjaga anda tahu jenis perkhidmatan yang saya tawarkan serta limitasi perkhidmatan ini.
Tahniah!! Anda telah memahami apa yang telah dihuraikan di atas. Langkah seterusnya, anda bolehlah menulis e-mail kepada saya di alamat sesikaunseling@gmail.com 

Apabila saya menerima e-mel pertama anda, ini bermakna pehubungan kaunselor-klien antara anda dan saya telah terbentuk. Ini juga bermaksud anda telah memahami dan menerima maklumat yang telah saya nyatakan dalam persetujuan termaklum (inform consent) mengenai kaunseling online. Anda juga maklum bahawa perhubungan kaunselor-klien kita adalah secara sukarela dan terjalin atas kehendak anda sendiri.




















1 comments:

  1. Assalamualaikum, ada sebarang bayaran ke untuk kaunseling ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...