Tuesday, January 1, 2013

KENALI TOKOH KAUNSELING : Dr. William Glasser


William Glasser merupakan pengasas Terapi Realiti merupakan seorang doktor psikologi klinikal.  Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, Carlifornia  pada tahun 11 Mei 1925 dan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.  Bapanya telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyelamatkan kepercayaan agamanya dan bapa beliau hanya bekerja sebagai seorang peniaga secara kecil-kecilan.  Manakala ibunya merupakan seorang yang berpendidikan dan sering menggalakkan anak-anaknya membaca.  Bidang muzik dan sukan adalah bidang yang amat diminati oleh William Glasser di samping membaca.  Sementelah itulah zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang amat menggembirakan bagi William Glasser.  Kakak dan abang sulungnya telah melanjutkan pelajaran di kolej.  Maka tidak mustahil William Glasser juga telah mengikut jejak langkah mereka. 
Bapanya telah menasihatinya bahawa bidang kejuruteraan adalah bidang yang baik untuk diceburinya.  Atas nasihat bapanya William Glasser telah melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan dan menerima Ijazah pertama Kejuruteraan Kimia dari Case Institute of Technology pada tahun 1944 dan pada ketika itu beliau berusia 19 tahun.  William Glasser hanya menjawat jawatan jurutera selama beberapa tahun dan beliau telah menyambung pelajarannya di bidang psikologi pada tahun 1948 dengan mendapat Ijazah Sarjana dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve Universiti.  Beliau telah membuat tesis untuk phD pada tahun yang sama tetapi ditolak oleh pihak universiti.  William Glasser telah mendapat Ijazah perubatan di universiti yang sama pada tahun 1953.  Beliau telah membuat intenship di Veterans Administration Center di Los Angels dan kemudian bertukar ke UCLA.  Ketika ini beliau merasakan teori Sigmund Frued tidak bersesuaian dengan pandangannya.  G.Harrington telah menyelia Wiliam Glasser dan sependapat dengannya.
 William Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girl pada tahun 1956.  Ventura School for Girl merupakan sebuah institiut yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.  Beliau telah berkhidmat di institiut tersebut selama 12 tahun dan mempraktikkan konsep asal Terapi Realiti. 
 Bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness telah menjadi asas kepada teknik dan konsep Terapi Realiti.  Buku ini telah dihasilkan pada tahun 1961.  Reality Therapy: A Realistic Approach to the Young Offender   ialah manuskrip William Glasser yang telah menggunakan istilah Terapi Realiti buat kali pertama pada tahun 1964.  Bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy: A New Approach to Psychiatry telah diterbitkan pada tahun 1965.
 Beliau telah mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California pada tahun 1966.  William Glasser telah menerbitkan buku School Without Failure pada tahun 1969 yang menerangkan interaksi guru dan murid serta sumbangan sekolah terhadap identiti gagal pelajar.
 Beliau telah menerbitkan buku The Identity Society pada tahun1972 yang berkaitan tentang seseorang yang berfungsi sebagai individu secara psikologi dan fisiologi dalam masyarakat.  Antara buku-buku lain yang dihasilkan oleh William Glasser ialah Positive Addiction (1976), Control Theory in the Classroom (1986), The Quality School (1990), The Quality School Teacher (1998) dan Unhappy Teenagers: A Way for Parents and Teachers to Reach Them (2002).  Selain menulis buku beliau telah membuka dan menubuhkan institiut Control Theory, Reality Therapy dan Quality Managment.
      Pada pandangan William Glasser Teori Pilihan membincangkan seseorang individu bertingkah laku dan mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala, perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal. 
       Menurut kata William Glasser (2000) dengan tegas bahawa Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih tingkah laku dan individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif.  Beliau juga melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas tidak dipenuhi.  Tingkah laku manusia berpandukan keperluan asas (Glasser 2001).  Pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami keperluan asas individu yang merangkumi aspek fisiologi dan  psikologi (Glasser 2001). 
Menurut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berdasarkan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu.  Keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada orang lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan (Glasser 1986, Ahmad Jasmin 2010).  Keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan dan orang sekeliling adalah merangkumi aspek menyayangi dan disayangi.
 Keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain adalah merangkumi aspek rasa ingin penghargaan.  Dalam Teori Pilihan rasa ingin bebas bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih kewajaran untuk dirinya dan cenderung membuat keputusan tentang cita-cita kehidupan. 
Keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan rekreasi adalah keperluan keseronokan.  Keperluan dari aspek psikologi seiring dengan aspek fisiologi yang mana fisiologi merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat.
 Mengikut Teori Pilihan ia memberi penekanan kepada sifat tanggung jawab individu.  Beliau mendefinisikan tanggung jawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan yang diingini (Glasser 1965).  Beliau juga menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan realiti (Glasser 1998).
Menurut pandangan William Glasser Terapi Realiti bermula apabila beliau telah mula membuat pandangan tentang proses perubahan manusia yang merupakan permulaan penting dalam psychologycal community.  Ketika teori Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang berkembang, Terapi Realiti bermula. 
Terapi Realiti menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, ada pilihan dan bertanggung jawab terhadap pilihan tersebut.  Di samping itu Terapi Realiti berorientasikan tingkah laku secara total atau keseluruhannya yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan psychology.  Selain itu Terapi Realiti juga menekankan aspek tingkah laku dan pemikiran klien.  Namun demikian Terapi Realiti menolak konsep mental illness atau sakit jiwa. 

Sumber : http://noriffaziz.blogspot.com/2012/02/teori-realiti.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...