AMALAN PERKHIDMATAN KAUNSELING KELUARGA DI JABATAN
KEBAJIKAN MASYARAKAT JOHOR
Artikel ini mengupas
tentang sejarah penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ( JKMM )
seterusnya mendalami sejarah perkhidmatan kaunseling di jabatan ini di bawah
perjawatan pegawai psikologi. Khidmat kaunseling yang diberikan lebih tertumpu
kepada kaunseling keluarga dan kajian ini lebih tertumpu kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Johor. Kajian ini juga meneliti aspek pelaksanaan,
cabaran, dan cadangan dalam perkhidmatan kaunseling keluarga.
JKMM telah ditubuhkan pada tahun
1946 dan pernah ditempatkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian
Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat ( 1960-1962 ), Kementerian Buruh dan
Kebajikan Masyarakat ( 1963 ), Kementerian Kebajiakan Am ( 1964 ) dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( 2004 – kini ).
Perubahan JKMM di bawah setiap kementerian ini sedikit pun tidak menjejaskan
peranan dan konsep asal penubuhannya iaitu berteraskan kepada konsep kerja sosial.
Menurut Dato’ Sayed A. Rahman Sayed
Mohd, kerja sosial adalah suatu profesyen yang memupuk perubahan sosial,
menyelesaikan pelbagai masalah perhubungan antara individu atau manusia dan
seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah perhubungan ke arah kesejahteraan
hidup. JKMM mempunyai misi untuk membangunkan masyarakat ke arah kesejahteraan
sosial disamping visinya melahirkan masyarakat yang sejahtera dan penyayang
dengan motto berkat berjasa.
Penggubalan Akta Kaunselor 1998 (
Akta 580 ) telah menjadi titik tolak kepada mekanisme penubuhan bahagian
kaunseling dan psikologi pada 1 April 1998 lanjutan daripada penyusunan semula
JKMM ketika itu. Fokus bahagian ini adalah kepada kank-kanak, warga tua, orang
papa, keluarga ( wanita dan gadis, ibu
tunggal, mangsa keganasan rumahtangga, orang miskin dan individu yang
mempunyai masalah ), mangsa bencana dan pertubuhan sukarelawan. Selain itu,
perkhimatan kaunseling juga diberikan kepada kakitangan kerajaan.
Rancangan Malaysia Ke-Sembilan telah
menitikberatkan aspek pembangunan modal insan dan penekanan juga diberikan
kepada aspek psikologi. Oleh itu, bahagian ini telah mengambil kira elemen
psikologi dan kaunseling dalam penyusunan program dan perkhidmatannya.
Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah penaksiran psikologi, intervensi
krisis, psikoterapi dan psikopendidikan yang juga ditawarkan kepada kumpulan
sasar jabatan.
Fokus kajian ditumpukan kepada JKM
Daerah Segamat dimana seorang pegawai psikologi menerangkan berkenaan kes yang
biasa dikendalikan oleh mereka. Pegawai psikologi terbabit masih lagi belum
berkesempatan menjalankan sesi kaunseling keluarga. Tidak dinafikan bahawa
terdapat pasangan atau penjaga klien yang dipanggil namun isu yang dibincangkan
masih tertumpu kepada klien sahaja. Statistik menunjukkan bahawa terdapat 12
kes yang melibatkan kecurian, 2 kes penyalahgunaan dadah, dan 2 kes lagi
melibatkan klien yang memiliki senjata tajam.
Lazimnya, pegawai psikologi di sini
menerima klien yang menghadapi dilema dan datang sendiri secara sukarela, menelefon
untuk mendapatkan pandangan, mengirim surat untuk dapatkan bantuan pegawai,
mengirim faks dan e-mel serta klien yang dirujuk oleh pihak makhamah atau
pegawai atasan.
Lantaran dari perkhidmatan yang
diberikan, wujud pula cabaran yang perlu dihadapi oleh pegawai psikologi
antaranya persepsi masyarakat terhadap fungsi dan keberkesanan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Dalam konteks ini, apabila JKMM tidak dapat menyelesaikan
satu kes atau masalah seperti yang dikehendaki dan difikirkan sepatutnya, maka akan
timbul satu persepsi yang negatif terhadap peranan yang dimainkan oleh pihak
JKMM dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini akan membuatkan masyarakat meragui
dan mencurigai tahap keprofesional pegawai psikologi itu sendiri dan
menjejaskan nama JKMM.
Selain itu, kekurangan tenaga
pekerja juga menjadi satu cabaran terbesar kerana tugas sebagai seorang pegawai
psikologi juga telah cukup berat dengan bebanan kerja yang bertambah tanpa ada
sokongan tenaga kerja lain sehinggakan seseorang itu perlu untuk mengendalikan
semua urusan dalaman dan luaran dan ini hanya akan mengurangkan keberkesanan
perkhidmatan kaunseling dan khususnya perkhidmatan yang diberkan oleh JKMM.
Masalah Kewangan juga menjadi isu
apabila jumlah bilangan yang menerima sumbangan meningkat dan ada pula yang
memerlukan bantuan kewangan jangka panjang. Contonya, bantuan bulanan kepada
warga tua iaitu RM 300 sebulan dan maklumat ini perlu dikemaskini dan dikaji
semula pada setiap 6 bulan dan memakan masa untuk diluluskan.
Oleh itu, beberapa cadangan
dikenalpasti antaranya melancarkan publisiti kepada masyarakat, menerima tenaga
terlatih sukarelawan dan pendekatan derma sosial dari pertubuhan bukan kerajaan.
Kesimpulannya, bahagian kaunseling dan psikologi penting dalam JKMM dalam
mengwujudkan suasana yang sejahtera
dengan peranan dan tanggungjawab bersama yang dimainkan oleh sesebuah keluarga
dalam memastikan persekitaran yang lebih kondusif.
PANDANGAN
JKMM merupakan sebuah jabatan yang
bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian
dalam masyarakat kita. Antara bahagian yang terpenting dalam jabatan ini adalah
bahagian kaunseling dan psikologi yang berperanan untuk membantu masyarakat
yang mengalami masalah atau isu yang membuatkan mereka tidak selesa dengan keadaan
hidup mereka.
Walaupun bahagian ini mempunyai
peranan dan tugas yang penting. Namun terdapat beberapa cabaran yang perlu
dihadapi oleh mereka dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai psikologi
atau kaunselor. Kebanyakan kes atau isu, kebiasaanna akan melibatkan keluarga
dan ianya menjadi faktor utama kepada isu atau masalah yang dibawakan oleh
klien. Maka, pentingnya kaunseling keluarga dijalankan bagi menyelesaikan
persoalan dan masalah ini sehingga ke dasarnya.
Masalah yang sering timbul dalam
kaunseling keluarga pada pendapat saya adalah dari segi komitmen dan
keterbukaan ahli keluarga itu sendiri dalam dan semasa sesi kaunseling
dijalankan. Ahli keluarga yang bersikap tidak terbuka dan tidak memberi
komitmen akan menjejaskan perkembangan sesi seterusnya akan membuatkan sesi
yang dijalankan tidak mencapai tahap kartasisnya. Keadaan ini mungkin berpunca
daripada sikap keluarga itu sendiri yang memimpin dan mempengaruhi perkembangan
ahli keluarganya sehingga kesalahan atau isu yang dibawakan itu mendatangkan
masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Kesan ini mempengaruhi keseluruhan
proses kaunseling dan ianya hanya akan membuatkan sesi menjadi kurang berkesasn
dan isu yang dibawakan tidak akan selesai seperti yang dikehendaki.
Dalam berbicara soal kerahsiaan. Sesi kaunseling
keluarga juga mempunyai cabaran kerahsiaannya tersendiri. Ahli keluarga yang
tidak membantu mempunyai kemungkinan yang besar dalam membuka kerahsiaan kepada
saudara atau orang yang terdekat. Keadaan ini akan membuatkan klien yang
mempunyai masalah akan berasa tidak selesa dan terganggu oleh ancaman
kerahsiaan ini. Walaupun tidak kelihatan isu atau kes sebegini, namun
kemungkinan tersebut ada dan boleh berlaku dalam komuniti masyarakat sekarang
ini. Hubungan kekeluargaan yang renggang merupakan faktor utama kepada
permasalahan ini.
Oleh kerana pegawai psikologi ini adalah satu
profesyen yang mulia, maka sekiranya terdapat mana-mana pegawai yang
mencemarkan nama baik profesyen ini pasti akan memburukkan nama organisasi dan status
pegawai psikologi itu sendiri. Masyarakat akan mula tidak percaya kepada
perkhidmatan yang diberikan dan mula mencurigai semua tindakan dan saranan yang
dikemukakan. Persepsi negatif ini adalah satu cabaran terbesar yang perlu
dihadapi oleh setiap pegawai psikologi atau kaunselor.
Keadaan ini mungkin bertambah buruk apabila
masyarakat tidak dapat membezakan perkhidmatan professional yang diberikan oleh
pegawai psikologi atau kaunselor dengan individu yang sukalerela dan tidak
mempunyai banyak pengetahuan tentang etika dan proses pelaksanaan sesi tetapi
mengaku sebagai seorang kaunselor. Hal ini sememangnya berlaku dan sejauhmana
penguatkuasaan Akta 580 dalam melindungi kemurnian profesyen ini.
Kesimpulannya, masyarakat harus memahami tugas
seorang pegawai psikologi atau kaunselor supaya mereka juga sedar bahawa tugas
seorang pegawai psikologi atau kaunselor ini adalah berat dan memerlukan
pengorbanan dengan itu suasana imbal balik akan berlaku dalam mengwujudkan
kesejahteraan dalam masyarakat sendiri.
-Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)
0 comments:
Post a Comment