Leader dalam kaunseling kelompok ialah kaunselor.
Dalam kajian Liberman, Yalom dan Miles (1973) telah mengenalpasti peranan
leader yang asas iaitu:
1. Merangsang (stimulate) emosi
2. Mengambil berat
3. Memberi makna (meaning attribution)
4. Pelaksanaan tugas (executive function)
Merangsang emosi melibatkan perlakuan ketua yang berani meluahkan perasaan, sikap
dan nilai diri dan dia kerap mengambil bahagian sebagai ahli.
Mengambil berat adalah salah satu fungsi ketua yang penting kerana melibatkan
faktor melindungi, menjadi sahabat dan menunjukkan kasih mesra.
Memberi makna pula
ialah ketua menyediakan ahli untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam
kumpulan. Pada masa yang sama, dia menggalakkan ahli agar mengubah perlakuan
kepada yang lebih diterima.
Melaksanakan tugas melibatkan faktor menentukan tempat pertemuan yang sesuai,
mencadang atau menentukan peraturan dan norma-norma yang harus dipatuhi oleh
ahli kumpulan, menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling kelompok.

Di samping itu, ketua juga berperanan untuk menghalang
campur tangan dalam kelompok untuk melindungi hak individu dalam kumpulan. Ini
digunakan supaya setiap ahli dapat menggunakan haknya untuk mengeluarkan
pendapat dalam kumpulan tetapi pada masa yang sama mengekalkan haknya untuk
merahsiakan sesuatu. Seterusnya ketua berperanan untuk menyelesaikan
perselisihan faham yang berlaku dalam kelompok. Adalah menjadi tugas ketua
untuk memastikan sengketa yang berlaku diselesaikan dalam kelompok dengan
suasana yang tenteram dan tenang supaya penyelesaian dapat dicapai.
Sumber
: http://shafinakamarul4644.blogspot.com/2012/11/peranan-leader-dalamkaunseling-kelompok.html
0 comments:
Post a Comment