Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Tuesday, November 19, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) PPUKM

PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S41

Gred Gaji S41: 

MinimumMaksimum
P1RM1,908.45RM6,797.73

Elaun  : Imbuhan Tetap Khidmat Awam ( ITKA )  : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan ( ITP )  :   RM250.00
Bantuan Sara Hidup ( BSH ) : RM300.00

Taraf Jawatan: Tetap

Kekosongan: 1

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,112.86 )

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkah laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,112.86)


c) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,521.70 )
               
d) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan : RM2,828.32 )
dan
 e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Tarikh tutup permohonan : 2 Disember 2013

PERMOHOHAN BOLEH DIBUAT MELALUI : http://splashurl.com/nv96y7n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...