Monday, June 13, 2016

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI KAUNSELOR UP5 (UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA)

JAWATAN KOSONG PEGAWAI KAUNSELOR UP5 / (26/04/2016 - 26/06/2016) (1 Kekosongan

Nama Jawatan : Pegawai Kaunselor UP5
Tangga Gaji : T1 (2,069.00) sehingga T34 (9,283.00) – Tidak termasuk elaun lain - lain
Tarikh Tutup: 26 Jun 2016

SENARAI TUGAS:
  1. Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada pelajar.
  2. Menjalankan sesi secara kaunseling individu & kelompok.
  3. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan & perkembangan kendiri/kerjaya, intervensi, pencegahan & pemulihan.
  4. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling.
  5. Menyediakan laporan pemantauan bagi tujuan rekod, pelaporan & penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada.
  6. Mengawal dan menyediakan keperluan alat-alat ujian & inventori psikologi yang sesuai.
  7. Menyelia pelaksanaan aktiviti/program, latihan dalam urusan pentadbiran, interpretasi alat ujian & inventori psikologi.
  8. Memastikan dasar & polisi berkaitan perkhidmatan psikologi & kaunseling yang dilaksanakan di peringkat UIM.
  9. Menjalankan tugas - tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa oleh pengurusan UIM.
Syarat-syarat Permohonan Pegawai Kaunselor UP5:
  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling atau dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya;
  2. Lulus Bahasa Melayu dengan kepujian dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Fasih bertutur dan profisien menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  4. Mempunyai pengalaman sekurang – kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioural science atau kaunseling.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...