Monday, January 27, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI KUIS


Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama
menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Pelan Strategik KUIS.
Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi
jawatan berikut:-

1. PEGAWAI PSIKOLOGI – S41

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi atau Bimbingan dan Kaunseling yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia; dan

(e) mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan serta
berdaftar sebagai Kaunselor dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

 * Keutamaan kepada calon lelaki yang pernah berkhidmat dengan institusi pengajian tinggi.

Jadual Gaji Gred S41
 P1T1 RM1688.89 - P1T27 RM4638.89
 P2T1 RM1783.51 - P2T27 RM4917.16
 P3T1 RM1882.31 - P3T27 RM5219.23

Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak

Maklumat lanjut : http://www.kuis.edu.my/v2/images/stories/perjawatan/jawatan_kosong_27_1_14.pdf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...