Wednesday, January 15, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI UiTM PULAU PINANG

Universiti Teknologi  MARA (Pulau  Pinang)  dengan  ini  mempelawa  calon-calon  Bumiputra  Warganegara  Malaysia  yang  berkelayakan  dalam  bidang yang  berkaitan  untuk  mengisi  kekosongan  jawatan tetap bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
                                           
BIL.
JAWATAN
GRED
SKIM PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
A.
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
MINIMUM
MAKSIMUM
1.
PEGAWAI PSIKOLOGI
S41
Pegawai Psikologi
RM1909.00
-
RM8644.00
        

1          PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)                                                                   Warganegara Malaysia;

(b)                                                                     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)        (i)     Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau

(ii)   Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
           
(iii)     Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2521.70); atau

(iv)     Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM2828.32)
dan


(d)        Lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Februari 2014.               

Sila kemukakan permohonan kepada:-
Maklumat lanjut sila layari : http://penang.uitm.edu.my/v1/index.php/component/content/article/64-makluman/250-iklan-jawatan-kosong-pentadbiran.html

                                 TIMBALAN  PENDAFTAR
                    BAHAGIAN  PENGURUSAN  SUMBER  MANUSIA
                    TINGKAT  9,  KOMPLEKS  PERDANA
                    UNIVERSITI  TEKNOLOGI  MARA (PULAU PINANG)
                    13500  PERMATANG  PAUH
                    PULAU  PINANG

                                                NO. TEL: (04) 3822700/2859/2857
                                                                               
                                                Tarikh iklan: 12 Januari 2014 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...