Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Sunday, March 16, 2014

Realiti Kaunselor : Kalau setakat bermodalkan air liur... #MH370


UMPAMA mencari jarum dalam timbunan jerami. Mungkin itu perumpamaan yang paling hampir untuk menggambarkan betapa sukarnya misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada udara sejak awal pagi Sabtu lalu.
Sejak operasi SAR digerakkan atas kerjasama pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan China yang diketahui memiliki teknologi satelit yang begitu canggih, petunjuk yang dicari tidak semudah disangka untuk ditemui.

Yang pasti tugas anggota polis dan tentera yang terlibat menjejaki pesawat Boeing 777-200 bersama 239 penumpang dan anak kapal itu tidak semudah yang disangka.

Ia tidak semudah melakar lokasi ramalan di atas peta.

Dalam pada pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari sekecil-kecil petunjuk agar dapat menemukan semula MH370, peranan sokongan yang dimainkan oleh Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT) tidak kurang pentingnya.

Pasukan seramai 45 orang kaunselor ini yang diketuai oleh pengerusinya, Dr. Abdul Halim Mohd. Hussin telah berkampung di Hotel Everly, Putrajaya, tempat kaum keluarga penumpang pesawat MH370 ditempatkan sejak Sabtu 8 Mac lalu.

Ke mana sahaja ahli keluarga dan waris bergerak, mereka ini yang datang dari pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah MCIT seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pendidikan, Persatuan Psikologi Perkhidmatan Awam Malaysia, Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia dan lain-lain, pasti ada bersama.

Mereka bertugas secara bergilir sebanyak empat shift iaitu enam jam setiap satu sesi dari seawal 7 pagi hingga 1 tengah hari, 1 tengah hari hingga 7 petang, 7 petang hingga 1 pagi dan 1 pagi hingga 7 pagi.

24 jam sehari sentiasa ada 10 hingga 12 orang pegawai bertugas setiap sesi menemani dan memberi kaunseling kepada keluarga dan waris penumpang serta anak kapal MH370.

Setiap keluarga ada kaunselor yang memantau perkembangan emosi mereka. Mereka ini sentiasa bersedia meminjamkan bahu untuk ahli keluarga dan waris melepaskan emosi yang terbuku, membantu menenangkan dan menyediakan perasaan mereka bagi menghadapi apa jua perkhabaran.

Pada masa sama, MAS turut menugaskan kakitangannya sebagai care givers bagi memastikan segala kebajikan ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 daripada makan minum dan tempat tidur mereka diuruskan sebaik-baiknya. Satu kumpulan care givers bahkan diterbangkan ke Beijing, China untuk menguruskan kebajikan ahli keluarga penumpang MH370 di sana.

Dalam keadaan ini, para kaunselor dan care givers bersedia menadah telinga menerima bukan sahaja keluhan bahkan mungkin rungutan dan hamunan waris yang gagal mengawal amarah akibat perasaan yang tidak terbendung sejak kehilangan orang tersayang.

Bagi mereka, ini adalah sebahagian daripada asam garam tugas yang perlu diterima.
Baik anggota polis dan tentera yang terlibat dalam operasi SAR, mahupun para kaunselor dan care givers, masing-masing telah menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik-baiknya dalam menghadapi insiden kehilangan misteri pesawat MH370.

Apa pula sumbangan kita yang tidak terlibat secara langsung dalam usaha mencari, menyelamat mahupun membantu menenangkan ahli keluarga dan waris penumpang serta anak kapal pesawat berkenaan?

Jika tidak ada apa yang hendak kita berikan, cukuplah sekadar berdoa dan menghulur simpati. Janganlah pula kita sibuk menghentam sana-sini, mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak berwajib dalam usaha menemukan semula pesawat MH370 bersama-sama penumpang dan anak kapalnya. Apatah lagi jika ‘usaha’ kita itu ha­n­ya bermodalkan air liur sahaja.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140315/re_02/Kalau-setakat-bermodalkan-air-liur#ixzz2wB3KaXo4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, March 11, 2014

KPWKM sedia tambah kaunselor bantu tenteramkan waris penumpang MH370



SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menambah lebih ramai kaunselor dari seluruh negara bagi membantu mententeramkan waris anggota keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden pesawat MH370. 

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, dalam satu kenyataan, berkata ketika ini seramai 15 kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan untuk membantu ahli keluarga penumpang dan anak kapal daripada aspek sokongan psikologikal. 

"Saya percaya dalam situasi seperti ini khidmat kaunselor amat diperlukan bagi mengurangkan tekanan dan mengawal emosi ahli keluarga untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. 

"Saya dan warga KPWKM turut bersedih dengan tragedi yang berlaku ini dan mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan selamat," katanya. 

Sumber : Berita Harian.

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI S41 UTHM








1.

TARAF JAWATAN :    SEMENTARA / TETAP
2.JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM :    RM 1,909.00 – RM 8,644.00
3.KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN :    RM 225.00
4.KELAYAKAN:
(a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
(b) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku besertaDiploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
(c) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
(d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan; DAN
(e) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
5.RINGKASAN TUGAS:
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada pelanggan.


MAKLUMAT LANJUT : http://e1.uthm.edu.my/pp/perjawatan/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 MEI 2016 sebelum jam 3:00 Petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...