Sunday, May 25, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI UNIVERSITI MALAYA (UM)


PEGAWAI PSIKOLOGI (S41)

(1) Syarat Lantikan

(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal, kaunseling
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkah laku berserta
Diploma Psikologi Kaunseling atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal, kaunseling atau bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi, psikologi klinikal, kaunseling
atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

(vi) Lulus ujian khas dan ujian Bahasa Inggeris yang akan dijalankan oleh pihak Universiti
Malaya.


(2) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara
lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau

 (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

 (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


 MAKLUMAT AM 

1. Permohonan yang tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan atau diterima selepas
tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh
tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

3. Tarikh tutup iklan ialah pada 02 June 2014.

Maklumat lanjut : http://e-recruitment.um.edu.my/bm_jawatankosong.php

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...