Monday, May 19, 2014

TAHNIAH PRESIDEN LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA 2014-2016, Y.Bhg Hajah Cr. Nor Amni Yusoff.



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pertama saya ingin mengucap syukur pada Illahi dengan limpah kurnianya jua kita masih dapat bersama-sama menikmati kehidupan di negara kita yang aman damai tercinta ini.
Saya juga ingin ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.B. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah melantik saya sebagai Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia sesi 2014/2016. Ini bermakna Y.B. Menteri meletakkan kepercayaan kepada saya serta Ahli Lembaga Kaunselor yang baru bagi menerus dan melonjakan lagi peranan kaunselor di negara ini.
Saya dan sahabat-sahabat lain dalam Lembaga Kaunselor Malaysia sememang faham dan mengetahui peranannya yang perlu dimainkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia iaitu bukan sahaja mengurus perkhidmatan kaunseling itu sendiri malah melihat sumbangannya kepada pembangunan insan di negara ini.
Lembaga faham jangkaan dan harapan masyarkat terhadap perkhidmatan kaunseling khusus untuk membantu mereka dalam membangun, mencegah dan memulihkan masyarkat kepada kehidupan yang lebih baik. Adalah disedari bahawa setakat ini perkhidmatan kaunseling secara umumnya belum lagi memenuhi dan menepati saranan ekpektasi masyarakat.
Bila kita berbicara persoalan ini dan mengapa terjadinya sedemikian? Maka banyaklah fakta dan data dikemukakan sama ada untuk dijadikan alasan atau sebab musabab. Dalam kontek ini bagi kami, Lembaga kaunselor Malaysia adalah merujuk satu organisasi yang perlu menjawab perkara tersebut. Bertitik tolak daripada persoalan ini kami akan cuba melihat kembali dan mempertingkatkan fokus dan komitmen kearah memenuhi kehendak masyarkat dan negara.
Akhirnya saya menyeru semua persatuan berlandasarkan perkhidmatan kaunseling dan kaunselor-kaunselor sama-sama berganding bahu untuk menjayakan perkhidmatan kaunseling dan memberikan sebanyak mungkin sumbangan kepada pembangunan negara.
Salam sejahtera,
Hajah Nor Amni Yusoff, K.B;P.A.
Presiden
Lembaga Kaunselor 2014/2016
Sumber: http://www.kpwkm.gov.my/web/lkm/perutusan-presiden

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...