Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Friday, June 17, 2016

JAWATAN KOSONG PENSYARAH KAUNSELING DG 41 (KUIM)


PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama : 

i. Borang Permohonan yang disediakan di pautan dibawah.
ii. Salinan ljazah / Diploma / Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan telah disahkan. 
iii. Butir-butir peribadi dan salinan Sijil Kelahiran serta lain-lain sijil yang berkaitan hendaklah disahkan benar beserta sekeping gambar berukuran pasport. 
iv. Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil berkaitan kepada : 

NAIB CANSELOR 
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA 
KM 45, KUALA SUNGAI BARU 
78200 MELAKA 

(U/P: UNIT PERJAWATAN) 

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA

Lokasi : MELAKA
Tarikh tutup : 24 Jun 2016

MAKLUMAT LANJUT : http://www.kuim.edu.my/images/download_file/jawatan/2016/14062016.pdf

BORANG PERMOHONAN : http://www.kuim.edu.my/images/download_file/jawatan/PermohonanJawatan.pdf

Monday, June 13, 2016

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI KAUNSELOR UP5 (UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA)

JAWATAN KOSONG PEGAWAI KAUNSELOR UP5 / (26/04/2016 - 26/06/2016) (1 Kekosongan

Nama Jawatan : Pegawai Kaunselor UP5
Tangga Gaji : T1 (2,069.00) sehingga T34 (9,283.00) – Tidak termasuk elaun lain - lain
Tarikh Tutup: 26 Jun 2016

SENARAI TUGAS:
  1. Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada pelajar.
  2. Menjalankan sesi secara kaunseling individu & kelompok.
  3. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan & perkembangan kendiri/kerjaya, intervensi, pencegahan & pemulihan.
  4. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling.
  5. Menyediakan laporan pemantauan bagi tujuan rekod, pelaporan & penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedia ada.
  6. Mengawal dan menyediakan keperluan alat-alat ujian & inventori psikologi yang sesuai.
  7. Menyelia pelaksanaan aktiviti/program, latihan dalam urusan pentadbiran, interpretasi alat ujian & inventori psikologi.
  8. Memastikan dasar & polisi berkaitan perkhidmatan psikologi & kaunseling yang dilaksanakan di peringkat UIM.
  9. Menjalankan tugas - tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa oleh pengurusan UIM.
Syarat-syarat Permohonan Pegawai Kaunselor UP5:
  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling atau dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf atau yang setaraf dengannya;
  2. Lulus Bahasa Melayu dengan kepujian dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Fasih bertutur dan profisien menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  4. Mempunyai pengalaman sekurang – kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioural science atau kaunseling.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...