Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Saturday, January 4, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI UPM


JAWATAN 8 : PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Jadual Gaji : RM 1909.00 – RM 8644.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma
Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau
kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
e) lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak
dipertimbang untuk PSL ke perkhidmatan Pegawai Pesikologi Gred S41 tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidm
atan dan mempunyai kelayakan seperti di atas; ataU lulus Peperiksaan Khas

[Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Psikologi mesti memiliki kelayakan Profesional
(Kaunselor Berdaftar)].

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 JANUARI 2014

PERMOHONAN ONLINE : http://spj.upm.edu.my/

Sunday, December 22, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (KONTRAK) PPUM

SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PSIKOLOGI (KONTRAK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

 Gred Jadual Gaji Minimum-Maksimum

 Gred S41 : RM1909.00 - RM8644.00

SYARAT LANTIKAN 1.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang dalam bidang sains
tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,112.86); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,521.70); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau
psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM 2,828.32);

(d)  lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

capaian daftar kerja : http://spj.ummc.edu.my/

tarikh tutup : 5 Januari 2014 

Saturday, December 14, 2013

Kementerian Kesihatan Akan Tambah Pakar Psikologi Klinikal - Dr Subramaniam

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan menambah jumlah pakar psikologi klinikal di seluruh negara dalam usaha mempromosikan kesihatan mental yang baik di kalangan rakyat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata buat masa ini Malaysiamempunyai kira-kira 100 orang pakar psikologi yang jumlah berkenaan tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia sekarang.
"Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental hari ini selepas mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua ahli majlis penasihat berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental yang pertama untuk tahun 2013 ini di ibu pejabat kementerian di sini, Jumaat.
Sejumlah 19 orang dari pelbagai sektor menganggotai Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental bagi tempoh tahun 2013 hingga 2015, antaranya Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Zulkefli Salleh dan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye.
Dr Subramaniam berkata penambahan pakar psikologi klinikal itu merupakan suatu keperluan ekoran kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan pada tahun 2011 oleh kementerian mendapati hampir 340,000 (1.8 peratus) penduduk dewasa di Malaysia mengalami masalah kemurungan.
Golongan wanita mengalami kadar kemurungan hampir dua kali ganda (2.3 peratus) berbanding lelaki (1.4 peratus), katanya.
"Selain itu, kementerian dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan memberi latihan yang lebih berkesan kepada guru-guru kaunselor di seluruh negara yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran mereka agar mereka memberi khidmat yang lebih berkesan kepada para pelajar.
"Kementerian akan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan pada masa yang terdekat ini untuk pelajar dari tingkatan dua hingga empat menjalani ujian saringan kesihatan mental yang memerlukan mereka menjawab beberapa soalan kelak," katanya.
Ujian saringan itu adalah untuk mengenal pasti pelajar yang berisiko tinggi menghadapi masalah mental agar mereka mendapat rawatan yang sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan, katanya.
Dr Subramaniam berkata hasil keputusan yang dijalankan kementerian menerusi Program Minda Sihat Sekolah yang dijalankan sejak tahun 2011, daripada sejumlah 19,919 pelajar sekolah yang melalui saringan kesihatan mental, maklumat yang diperoleh sehingga Disember tahun 2012, sebanyak 7.5 peratus pelajar mengalami tanda murung manakala 7.59 peratus menunjukkan tanda mengalami tekanan.
"Selepas intervensi (kaunseling dan rawatan) dilakukan, kementerian mendapati jumlah bagi kedua-dua kategori itu menurun kepada 5.10 bagi masalah murung manakala 5.27 peratus bagi masalah stress.
"Kementerian juga mendapati para pelajar telah menunjukkan tindak balas yang positif serta mencatatkan peratusan yang lebih baik iaitu daripada 28.7 peratus kepada 38.9 peratus selepas intervensi dilakukan," katanya.
Pada tahun 2014, kementerian akan melaksanakan Pelan Publisiti Promosi Kesihatan Mental dengan mesej 'Tangani Stress dengan Berkesan' akan disalurkan menerusi pelbagai platform antaranya media massa, sosial media, kerjasama pintar dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta penganjuran aktiviti pemerkasaan komuniti, katanya.
Katanya ia bertujuan mempromosikan kesihatan mental yang baik di kalangan rakyat Malaysia kerana permasalah kesihatan mental membabitkan semua peringkat umur iaitu peringkat dewasa, remaja dan kanak-kanak. - BERNAMA

Ramai Kaunselor Tidak Bertauliah


Port Dickson: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendedahkan kebanyakan kaunselor di jabatan kerajaan dan sekolah negara ini dikesan tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor, sekali gus berstatus tidak bertauliah.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sejak 1998 hingga kini bilangan kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor yang direkodkan masih rendah iaitu 5,085 orang.

“Saya menyeru kepada semua kaunselor yang mempunyai kelayakan supaya tampil berdaftar dengan Lembaga Kaunselor iaitu bahagian di bawah KPWKM bagi membolehkan orang ramai mendapat perkhidmatan berkualiti dan profesional.
“Berikutan itu, tahun depan kementerian bercadang mengadakan konvensyen untuk semua kaunselor, sekali gus mengenal pasti berapa jumlah kaunselor di Malaysia,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengendalian Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), di sini, semalam. Menurutnya, kementerian tidak mengetahui jumlah sebenar kaunselor yang tidak berdaftar di seluruh negara.

“Ini kerana ia sangat penting berjumpa dengan kaunselor bertauliah atau berdaftar berikutan membabitkan kes berkait emosi seperti krisis dan trauma kerana ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

“Jika ada kesilapan dalam mengendalikan kes itu keadaan akan bertambah buruk dan boleh menyebabkan trauma berpanjangan,” katanya. Menurutnya, pada tahun depan KPWKM akan menyediakan latihan kemahiran dalam pengendalian kes krisis dan trauma kepada Perkumpulan Wanita (PERWANI) yang wujud di peringkat akar umbi.
“PERWANI akan bertindak sebagai kumpulan barisan depan bagi kes krisis dan trauma yang berlaku di tempat komuniti mereka sebelum dirujuk kepada kaunselor.

“Malah, kita akan bekerjasama dengan Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) bagi menyediakan latihan mengendalikan krisis dan trauma kepada ahli PERWANI,” katanya.
Sumber : Berita Harian & myMetro.

Monday, December 9, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI KUISAS

PEGAWAI PSIKOLOGI (S41) - Tetap / Kontrak

Gred Gaji S41: 
 

MinimumMaksimum
P1RM1,908.45RM6,797.73
Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
 
b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkah laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

c) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
               
d) keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
  
Cara Memohon :
 
 (a) Calon- calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan 
       kepada;
 
        Rektor
        Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
        Bukit Chanda,
        33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar,
        Perak Darul Ridzuan.
        Tel : 05-7732253
 
(b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta curriculum vitae 
     (c.v) yang lengkap berserta maklumat yang berikut;
  • Butiran Peribadi
  • Butiran Untuk Dihubungi
  • Kelayakan Akademik
  • Pengalaman Yang Berkaitan
(c)  Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran 
      pasport  (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan   
      seperti berikut:-
  • Kad Pengenalan  atau Pasport
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil akademik yang berkaitan berserta transkrip (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda)
  • Sijil-sijil atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan
 (d) Tarikh tutup permohonan pada 24 DISEMBER 2013.

(e) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup 
      permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka adalah tidak berjaya.

Sumber : http://www.kuisas.edu.my/sweb/index.php/kerjaya-kuisas
 

Tuesday, November 19, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) PPUKM

PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S41

Gred Gaji S41: 

MinimumMaksimum
P1RM1,908.45RM6,797.73

Elaun  : Imbuhan Tetap Khidmat Awam ( ITKA )  : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan ( ITP )  :   RM250.00
Bantuan Sara Hidup ( BSH ) : RM300.00

Taraf Jawatan: Tetap

Kekosongan: 1

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,112.86 )

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkah laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,112.86)


c) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan : RM2,521.70 )
               
d) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan : RM2,828.32 )
dan
 e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Tarikh tutup permohonan : 2 Disember 2013

PERMOHOHAN BOLEH DIBUAT MELALUI : http://splashurl.com/nv96y7n

Sunday, October 27, 2013

Tangani Sabotaj Diri

12 perkara yang menyebabkan kita menyabotaj diri kita sendiri dan cara menghindari seperti yang ditulis oleh Amanda Gardner dalam artikelnya di Health.com

1. Malas bergerak @ melakukan aktiviti fizikal

Hal ini menjadi berbahaya sebab aktiviti fizikal merupakan peranan penting dalam menjaga kesihatan diri. Olahraga yang teratur medatangkan impak positif pada kimia otak dan hormon yang berkaitan dengan emosi, dan ianya dapat memberikan manfaat psikologi (seperti meningkatkan keyakinan diri) yang mendorong  kepada kesihatan mental yang lebih baik. Oleh sebab itu, jagalah ketepatan olahraga anda. Berolahragalah secara rutin setidak-tidaknya 15-20 minit sehari.

2. Mengabaikan waktu rehat
Mengabaikan waktu rehat akan menimbulkan kekacauan dalam diri anda. Segeralah perbaiki masa rehat anda. Jangan membiarkannya terbuang begitu sahaja. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan  maka akan menimbulkan beban pada diri dan beban ini memberi impak depresi yang berbahaya. Oleh itu, sesekali rawatlah diri anda dengan percutian yang panjang dan menyeronokkan.

3. Tidak cukup tidur
Bahkan, bayi yang tidak cukup tidur pun akan menangis, lekas marah, dan tidak cergas. Ini menunjukkan bahawa tidur yang cukup sangatlah penting bagi sesiapa pun. Jika, seseorang itu kurang waktu tidur yang kronis, ini akan meningkatkan risiko seseorang terkena depresi atau gangguan kecemasan. Prioritaskan tidur dan praktikkan perilaku tidur yang sihat, seperti mengelakkan pengambilan kafein dan alkohol dalam jam sebelum tidur. Selain itu, batasi penggunaan gadget Anda, sebab cahaya biru yang dipancarkan oleh peranti ini akan menekan hormon tidur melatonin dalam tubuh.

4. Minum alcohol @ kafien terlalu banyak
Alkohol  @ kafien dapat menekan sistem saraf dan berpotensi mengubah mood anda juga. Meskipun awalnya alcohol @ kafien dapat menghilangkan rasa mengantuk, hindarilah minum alcohol @ kafien di malam hari karana ianya akan membuat anda sukar untuk melelapkan mata dan mendapatkan rehat yang ideal.


5. Membanding-bandingkan
Terus-menerus membandingkan pendapatan atau harta kita dengan orang lain adalah "salah satu alasan mengapa Negara Amerika tidak segembira dengan orang di negara lain," ujar Dawn Buse, PhD, psikologis kesihatan di Montefiore Medical Center, New York. Buse menjelaskan bahawa membanding-bandingkan kekayaan akan membuatkan anda selalu merasa tidak puas dan cenderung berfikiran tidak rasional kerana hubungan antara pendapatan dan kebahagiaan sebenarnya jauh lebih lemah daripada apa yang kita fikirkan. Oleh sebab itu, bersyukurlah dengan apa yang anda miliki.

6. Pemikiran obsesif
Berfikiran obsesif akan mempercepatkan penafasan dan denyut jantung sehingga tubuh akan melepaskan hormon stres adrenalin dan kortisol. Semua ini berpengaruh kepada kesihatan fizikal dan emosional anda. Belajarlah untuk mengenali fikiran anda dan latihlah diri untuk menghindari obsesif. Tarik nafas dalam-dalam. "Letakkan gelang getah di pergelangan tangan anda sebagai pengingat dan setiap kali anda berfikiran obsesif, tarik ia kebelakang sedikit," saran Buse. "Ini adalah pengingat untuk berhenti berfikiran obsesif dan melatih mengubah fikiran anda."

7. Memendam amarah
Kemarahan dan kekecewaan adalah reaksi normal terhadap tentangan hidup yang tidak terduga. Namun, sekiranya anda menekan perasaan itu dan membiarkannya terus  dengan perasaan dendam dan keluha. Ianya akan menjadi parah. Beberapa kajian, secara amnya, telah menunjukkan bahawa kemarahan yang ditekan adalah berhubungan dengan gejala depresi. Jadi, sangat penting untuk mengekspresikan emosi negatif, tetapi hanya dalam cara yang tepat. Jika anda dapat mengawal kemarahan anda dengan cara yang tegas tapi tenang, kemungkinan anda akan merasa lebih baik sesudahnya. Jika itu bukan pilihan anda yang terbaik mungkin hanya membiarkannya pergi. Kajian menunjukkan bahawa tindakan memaafkan boleh memberikan manfaat kesihatan mental.

8. Terlalu banyak bekerja
Ketika keseimbangan kerja kita terabai, kita cenderung akan merasa stres dan itu dapat meningkatkan risiko kesihatan mental yang serius. Sebuah kajian dari pegawai kerajaan British pada tahun 2011 menemukan bahawa jam kerja lebih dari 11 jam sehari memiliki risiko depresi lebih dari dua kali ganda jika dibandingkan dengan bekerja 7 hingga 8 jam sehari. Untuk menghindari hal itu, fikirkan baik-baik mengenai nilai-nilai dan keutamaan anda. Selain itu, anda juga perlu mengasingkan waktu untuk keluarga, teman, dan hobi. "Kedengarannya agak lucu untuk merencanakan untuk bersenang-senang atau relaksasi, tetapi merancang waktu benar-benar penting," kata Buse.

9. Tidak kemana-mana
Dengan hanya berdiam diri di rumah, produksi vitamin D (yang diproduksi oleh tubuh sebagai respons terhadap sinar matahari) akan berkurang. Padahal, vitamin ini akan melindungi kita dari depresi. Dalam kajian terbaru, scan otak menunjukkan bahawa orang yang berjalan melewati taman yang tenang memiliki tingkat tekanan lebih rendah daripada mereka berjalan di jalan-jalan kota yang sibuk. Jadi, bergeraklah, keluarlah. “Jika anda bekerja di pejabat, berjalan-jalan di ruang hijau atau duduk di luar selama waktu rehat dalam 15 minit akan cukup membantu mendapatkan sinar matahari," kata Buse.

10. Isolasi sosial
Meskipun menarik diri dari teman dan keluarga adalah gejala umum dari depresi dan kecemasan, isolasi sosial dan perasaan kesepian juga akan meningkatkan kemungkinan masalah kesihatan mental. Sementara itu, hubungan yang kuat cenderung melindungi dari depresi dan mendapatkan kebahagiaan. Sekalipun anda sibuk, luangkanlah waktu untuk sekadar menghubungi atau bersantai bersama teman-teman anda.

11. Perfectionist
Mencuba untuk memenuhi standart tinggi dan mencapai kesempurnaan dalam segala hal adalah resepi untuk kekecewaan dan rendah diri. Jadi, tidak menghairankan bahwa perfectionism telah dikaitkan dengan masalah kesihatan mental termasuk depresi, kecemasan, dan gangguan makan. Daripada mementingkan kesempurnaan lebih baik anda menetapkan tujuan dengan bijak, menyambut kesalahan sebagai jalan untuk belajar, dan, yang terpenting, menikmati perjalanan, bukan hanya tujuan.

12. Pesimis
Pesimis yang secara konsisten melihat gelas sebagai setengah kosong tampaknya lebih mudah mendatangkan depresi, kecemasan, gangguan tidur, dan masalah kesihatan lainnya. Optimisme, di sisi lain, tampaknya untuk membantu mengatasi dan melindungi terhadap kondisi-kondisi yang sama. Fokuskan fikiran anda pada hal-hal positif. Dan jika anda tidak merasa bahagia, tetaplah tersenyum seolah-olah anda telah berhasil. "kajian telah menunjukkan bahawa tersenyum benar-benar dapat membuat anda merasa lebih bahagia dan lebih optimis tentang masa kini dan masa depan," kata Buse.

HEALTH.COM 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...