Madah Kaunselor

"Jangan meremehkan perkara yang kecil kerana jarum yang kecil itu pun mampu menitiskan darah"

Peringatan Kaunselor

"Berhenti menyalahkan orang lain, Muhasabah diri"

Kami Sedia Membantu

Kami sedia membantu anda dalam memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terhadap masalah atau isu yang menganggu kehidupan anda.

Kata Kaunselor

"Anak itu anugerah, Rezeki yang tidak diduga"

Kaunseling untuk semua

Penerimaan Tanpa Syarat..

Tuesday, September 10, 2013

Tujuh Sifat Semulajadi Manusia?


1. Manusia adalah antara spiesis yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai tingkahlaku yang tersemat secara genetik (genetically imprinted) dan ini menyebabkan manusia tidak mampu hidup sendiri sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat awal ini, untuk beberapa tahun perlu bergantung kepada orang lain.

2. Manusia juga menunjukkan perbezaan individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini bukan sahaja dengan jelas membezakan antara seorang dengan seorang yang lain tetapi juga mengandakan lagi potensi masyarakat dan meransangkan kemajuan peradaban.

3. Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika mahu dibandingkan dengan spiesis lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda dalam saiz dan berlipat kali ganda dari segi kapasitinya.

4. Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang boleh menangkap dan merakam arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lepas, bertindak di masa kini dan merancang untuk masa hadapan.

5. Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dimana mereka mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, menghantar dan menerima perkataan.

6. Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini memnyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam lingkungan dimana ia terjadi. Persekitaran mempengaruhi tingkahlaku manusia.

7. Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang berasaskan diantara alternatif yang ada untuk berubah.


sumber : http://psikotube.blogspot.com/2009/03/tujuh-sifat-semulajadi-manusia.html

Ditindih "benda" atau Paralisis?

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

Menutur Dr.Haris, sebenarnya apa yang berlaku itu ialah merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan. Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. 

Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku. Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.


Warna mengikut Personaliti?


Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah:

Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.

Biru muda : Pengasih dan penyayang

Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi

Oren : Bersemangat dan komited

Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik

Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah

Merah : Berani dan emosional

Ungu : Kejayaan dan sikap positif

Hitam : Rasmi, serius atau hiba

Coklat : Matang dan bertanggungjawab

Putih : Bersih dan amanah


PENJELASAN TERPERINCI

HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH 
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH 
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP 
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.


PERANG 
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.


Sumber: http://psikotube.blogspot.com/2011/09/warna-personaliti.html

Wednesday, September 4, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : KAUNSELOR PELAJAR (UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS)

Requirements


  • Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Psychology or equivalent.
  • Required skill(s): Counseling, Communication, Leadership, Planning and Coordination, MS Office.
  • At least 3 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
  • Membership in PERKAMA / Association of Psychology is compulsory
  • Preferably Junior Executives specializing in Education or equivalent.
  • Full-Time position(s) available.


Responsibilities


  • Provide counseling services for all UTP students.
  • Plan, develop and implement students’ development programs and activities such as leadership program, facilitators training, team building, orientation week, seminars, talks, etc.
  • Plan, develop and implement counseling programs such as stress management, peer counseling, time management, etc to assist student in adapting themselves to university academic students’ development programs and activities such as leadership program, facilitators training, team building, orientation week, seminars, talks, etc
  • Plan, develop and implement program for under achievers students to improve their academic performance.
  • Plan, develop and implement program for academically high achievers student to enhance their leadership qualities and improve their personal characters.
  • Manage and coordinate new student orientation program.

Tarikh Tutup : 3 Januari 2016


Tuesday, January 1, 2013

KENALI TOKOH KAUNSELING : Dr. William Glasser


William Glasser merupakan pengasas Terapi Realiti merupakan seorang doktor psikologi klinikal.  Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, Carlifornia  pada tahun 11 Mei 1925 dan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.  Bapanya telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyelamatkan kepercayaan agamanya dan bapa beliau hanya bekerja sebagai seorang peniaga secara kecil-kecilan.  Manakala ibunya merupakan seorang yang berpendidikan dan sering menggalakkan anak-anaknya membaca.  Bidang muzik dan sukan adalah bidang yang amat diminati oleh William Glasser di samping membaca.  Sementelah itulah zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang amat menggembirakan bagi William Glasser.  Kakak dan abang sulungnya telah melanjutkan pelajaran di kolej.  Maka tidak mustahil William Glasser juga telah mengikut jejak langkah mereka. 
Bapanya telah menasihatinya bahawa bidang kejuruteraan adalah bidang yang baik untuk diceburinya.  Atas nasihat bapanya William Glasser telah melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan dan menerima Ijazah pertama Kejuruteraan Kimia dari Case Institute of Technology pada tahun 1944 dan pada ketika itu beliau berusia 19 tahun.  William Glasser hanya menjawat jawatan jurutera selama beberapa tahun dan beliau telah menyambung pelajarannya di bidang psikologi pada tahun 1948 dengan mendapat Ijazah Sarjana dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve Universiti.  Beliau telah membuat tesis untuk phD pada tahun yang sama tetapi ditolak oleh pihak universiti.  William Glasser telah mendapat Ijazah perubatan di universiti yang sama pada tahun 1953.  Beliau telah membuat intenship di Veterans Administration Center di Los Angels dan kemudian bertukar ke UCLA.  Ketika ini beliau merasakan teori Sigmund Frued tidak bersesuaian dengan pandangannya.  G.Harrington telah menyelia Wiliam Glasser dan sependapat dengannya.
 William Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girl pada tahun 1956.  Ventura School for Girl merupakan sebuah institiut yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.  Beliau telah berkhidmat di institiut tersebut selama 12 tahun dan mempraktikkan konsep asal Terapi Realiti. 
 Bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness telah menjadi asas kepada teknik dan konsep Terapi Realiti.  Buku ini telah dihasilkan pada tahun 1961.  Reality Therapy: A Realistic Approach to the Young Offender   ialah manuskrip William Glasser yang telah menggunakan istilah Terapi Realiti buat kali pertama pada tahun 1964.  Bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy: A New Approach to Psychiatry telah diterbitkan pada tahun 1965.
 Beliau telah mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California pada tahun 1966.  William Glasser telah menerbitkan buku School Without Failure pada tahun 1969 yang menerangkan interaksi guru dan murid serta sumbangan sekolah terhadap identiti gagal pelajar.
 Beliau telah menerbitkan buku The Identity Society pada tahun1972 yang berkaitan tentang seseorang yang berfungsi sebagai individu secara psikologi dan fisiologi dalam masyarakat.  Antara buku-buku lain yang dihasilkan oleh William Glasser ialah Positive Addiction (1976), Control Theory in the Classroom (1986), The Quality School (1990), The Quality School Teacher (1998) dan Unhappy Teenagers: A Way for Parents and Teachers to Reach Them (2002).  Selain menulis buku beliau telah membuka dan menubuhkan institiut Control Theory, Reality Therapy dan Quality Managment.
      Pada pandangan William Glasser Teori Pilihan membincangkan seseorang individu bertingkah laku dan mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala, perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal. 
       Menurut kata William Glasser (2000) dengan tegas bahawa Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih tingkah laku dan individu bebas bertingkah laku berdasarkan motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif.  Beliau juga melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas tidak dipenuhi.  Tingkah laku manusia berpandukan keperluan asas (Glasser 2001).  Pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami keperluan asas individu yang merangkumi aspek fisiologi dan  psikologi (Glasser 2001). 
Menurut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berdasarkan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu.  Keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada orang lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan (Glasser 1986, Ahmad Jasmin 2010).  Keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan dan orang sekeliling adalah merangkumi aspek menyayangi dan disayangi.
 Keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai dan suka bersaing dengan orang lain adalah merangkumi aspek rasa ingin penghargaan.  Dalam Teori Pilihan rasa ingin bebas bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih kewajaran untuk dirinya dan cenderung membuat keputusan tentang cita-cita kehidupan. 
Keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan rekreasi adalah keperluan keseronokan.  Keperluan dari aspek psikologi seiring dengan aspek fisiologi yang mana fisiologi merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat.
 Mengikut Teori Pilihan ia memberi penekanan kepada sifat tanggung jawab individu.  Beliau mendefinisikan tanggung jawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan yang diingini (Glasser 1965).  Beliau juga menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan realiti (Glasser 1998).
Menurut pandangan William Glasser Terapi Realiti bermula apabila beliau telah mula membuat pandangan tentang proses perubahan manusia yang merupakan permulaan penting dalam psychologycal community.  Ketika teori Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang berkembang, Terapi Realiti bermula. 
Terapi Realiti menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, ada pilihan dan bertanggung jawab terhadap pilihan tersebut.  Di samping itu Terapi Realiti berorientasikan tingkah laku secara total atau keseluruhannya yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan psychology.  Selain itu Terapi Realiti juga menekankan aspek tingkah laku dan pemikiran klien.  Namun demikian Terapi Realiti menolak konsep mental illness atau sakit jiwa. 

Sumber : http://noriffaziz.blogspot.com/2012/02/teori-realiti.html

Thursday, December 20, 2012

Pendekatan Kaunseling Mampu Tangani Gejala Negatif


Aspek kaunseling mempunyai peranan amat penting dalam usaha Malaysia mencapai taraf negara maju.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - perkhidmatan kaunseling yang cekap dan berkesan bukan sahaja dapat menangani masalah dalam organisasi, komuniti atau keluarga, malah boleh menggarap kualiti diri dan kerjaya seseorang individu.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI

"Gejala kecelaruan orientasi seks seperti kemunculan lesbian, gay, transeksual dan biseksual yang dahulunya dihadapi masyarakat barat, kini dialami oleh masyarakat kita juga. Amalan bertentangan dengan nilai moral, agama dan norma masyarakat mesti ditangani secara bijaksana. Saya percaya melalui pendekatan kaunseling yang berkesan kita akan dapat mengelakkan gejala negatif ini daripada menular dalam masyarakat kita".

Beliau berucap di Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kebangsaan serta seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunseling 2012 di Universiti Putra Malaysia, UPM.
Kementerian Pelajaran katanya, menetapkan semua sekolah baru dilengkapi bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif bagi membolehkan guru menjalankan sesi kaunseling lebih berkesan.
Kaunselor ujarnya, mempunyai peranan amat penting dalam mencapai matlamat pendidikan yang digariskan falsafah pendidikan kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang seimbang emosi, jasmani, rohani dan intelek.

Pada majlis ini, Tan Sri Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan khas 100 ribu ringgit kepada Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia, PERKAMA.

Berita Perdana, TV3

CABARAN KAUNSELOR DI SETTING LUAR DARI INSTITUSI PENDIDIKAN



AMALAN PERKHIDMATAN KAUNSELING KELUARGA DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JOHOR

            Artikel ini mengupas tentang sejarah penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ( JKMM ) seterusnya mendalami sejarah perkhidmatan kaunseling di jabatan ini di bawah perjawatan pegawai psikologi. Khidmat kaunseling yang diberikan lebih tertumpu kepada kaunseling keluarga dan kajian ini lebih tertumpu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Johor. Kajian ini juga meneliti aspek pelaksanaan, cabaran, dan cadangan dalam perkhidmatan kaunseling keluarga.
            JKMM telah ditubuhkan pada tahun 1946 dan pernah ditempatkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat ( 1960-1962 ), Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat ( 1963 ), Kementerian Kebajiakan Am ( 1964 ) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( 2004 – kini ). Perubahan JKMM di bawah setiap kementerian ini sedikit pun tidak menjejaskan peranan dan konsep asal penubuhannya iaitu berteraskan kepada konsep kerja sosial.
            Menurut Dato’ Sayed A. Rahman Sayed Mohd, kerja sosial adalah suatu profesyen yang memupuk perubahan sosial, menyelesaikan pelbagai masalah perhubungan antara individu atau manusia dan seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah perhubungan ke arah kesejahteraan hidup. JKMM mempunyai misi untuk membangunkan masyarakat ke arah kesejahteraan sosial disamping visinya melahirkan masyarakat yang sejahtera dan penyayang dengan motto berkat berjasa.
            Penggubalan Akta Kaunselor 1998 ( Akta 580 ) telah menjadi titik tolak kepada mekanisme penubuhan bahagian kaunseling dan psikologi pada 1 April 1998 lanjutan daripada penyusunan semula JKMM ketika itu. Fokus bahagian ini adalah kepada kank-kanak, warga tua, orang papa, keluarga ( wanita dan gadis, ibu  tunggal, mangsa keganasan rumahtangga, orang miskin dan individu yang mempunyai masalah ), mangsa bencana dan pertubuhan sukarelawan. Selain itu, perkhimatan kaunseling juga diberikan kepada kakitangan kerajaan.
            Rancangan Malaysia Ke-Sembilan telah menitikberatkan aspek pembangunan modal insan dan penekanan juga diberikan kepada aspek psikologi. Oleh itu, bahagian ini telah mengambil kira elemen psikologi dan kaunseling dalam penyusunan program dan perkhidmatannya. Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah penaksiran psikologi, intervensi krisis, psikoterapi dan psikopendidikan yang juga ditawarkan kepada kumpulan sasar jabatan.
            Fokus kajian ditumpukan kepada JKM Daerah Segamat dimana seorang pegawai psikologi menerangkan berkenaan kes yang biasa dikendalikan oleh mereka. Pegawai psikologi terbabit masih lagi belum berkesempatan menjalankan sesi kaunseling keluarga. Tidak dinafikan bahawa terdapat pasangan atau penjaga klien yang dipanggil namun isu yang dibincangkan masih tertumpu kepada klien sahaja. Statistik menunjukkan bahawa terdapat 12 kes yang melibatkan kecurian, 2 kes penyalahgunaan dadah, dan 2 kes lagi melibatkan klien yang memiliki senjata tajam.
            Lazimnya, pegawai psikologi di sini menerima klien yang menghadapi dilema dan datang sendiri secara sukarela, menelefon untuk mendapatkan pandangan, mengirim surat untuk dapatkan bantuan pegawai, mengirim faks dan e-mel serta klien yang dirujuk oleh pihak makhamah atau pegawai atasan.
            Lantaran dari perkhidmatan yang diberikan, wujud pula cabaran yang perlu dihadapi oleh pegawai psikologi antaranya persepsi masyarakat terhadap fungsi dan keberkesanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dalam konteks ini, apabila JKMM tidak dapat menyelesaikan satu kes atau masalah seperti yang dikehendaki dan difikirkan sepatutnya, maka akan timbul satu persepsi yang negatif terhadap peranan yang dimainkan oleh pihak JKMM dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini akan membuatkan masyarakat meragui dan mencurigai tahap keprofesional pegawai psikologi itu sendiri dan menjejaskan nama JKMM.
            Selain itu, kekurangan tenaga pekerja juga menjadi satu cabaran terbesar kerana tugas sebagai seorang pegawai psikologi juga telah cukup berat dengan bebanan kerja yang bertambah tanpa ada sokongan tenaga kerja lain sehinggakan seseorang itu perlu untuk mengendalikan semua urusan dalaman dan luaran dan ini hanya akan mengurangkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling dan khususnya perkhidmatan yang diberkan oleh JKMM.
            Masalah Kewangan juga menjadi isu apabila jumlah bilangan yang menerima sumbangan meningkat dan ada pula yang memerlukan bantuan kewangan jangka panjang. Contonya, bantuan bulanan kepada warga tua iaitu RM 300 sebulan dan maklumat ini perlu dikemaskini dan dikaji semula pada setiap 6 bulan dan memakan masa untuk diluluskan.
            Oleh itu, beberapa cadangan dikenalpasti antaranya melancarkan publisiti kepada masyarakat, menerima tenaga terlatih sukarelawan dan pendekatan derma sosial  dari pertubuhan bukan kerajaan. Kesimpulannya, bahagian kaunseling dan psikologi penting dalam JKMM dalam mengwujudkan suasana  yang sejahtera dengan peranan dan tanggungjawab bersama yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam memastikan persekitaran yang lebih kondusif.

PANDANGAN
            JKMM merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat kita. Antara bahagian yang terpenting dalam jabatan ini adalah bahagian kaunseling dan psikologi yang berperanan untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah atau isu yang membuatkan mereka tidak selesa dengan keadaan hidup mereka.
            Walaupun bahagian ini mempunyai peranan dan tugas yang penting. Namun terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka dalam menjalankan tugas sebagai seorang pegawai psikologi atau kaunselor. Kebanyakan kes atau isu, kebiasaanna akan melibatkan keluarga dan ianya menjadi faktor utama kepada isu atau masalah yang dibawakan oleh klien. Maka, pentingnya kaunseling keluarga dijalankan bagi menyelesaikan persoalan dan masalah ini sehingga ke dasarnya.
            Masalah yang sering timbul dalam kaunseling keluarga pada pendapat saya adalah dari segi komitmen dan keterbukaan ahli keluarga itu sendiri dalam dan semasa sesi kaunseling dijalankan. Ahli keluarga yang bersikap tidak terbuka dan tidak memberi komitmen akan menjejaskan perkembangan sesi seterusnya akan membuatkan sesi yang dijalankan tidak mencapai tahap kartasisnya. Keadaan ini mungkin berpunca daripada sikap keluarga itu sendiri yang memimpin dan mempengaruhi perkembangan ahli keluarganya sehingga kesalahan atau isu yang dibawakan itu mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Kesan ini mempengaruhi keseluruhan proses kaunseling dan ianya hanya akan membuatkan sesi menjadi kurang berkesasn dan isu yang dibawakan tidak akan selesai seperti yang dikehendaki.
Dalam berbicara soal kerahsiaan. Sesi kaunseling keluarga juga mempunyai cabaran kerahsiaannya tersendiri. Ahli keluarga yang tidak membantu mempunyai kemungkinan yang besar dalam membuka kerahsiaan kepada saudara atau orang yang terdekat. Keadaan ini akan membuatkan klien yang mempunyai masalah akan berasa tidak selesa dan terganggu oleh ancaman kerahsiaan ini. Walaupun tidak kelihatan isu atau kes sebegini, namun kemungkinan tersebut ada dan boleh berlaku dalam komuniti masyarakat sekarang ini. Hubungan kekeluargaan yang renggang merupakan faktor utama kepada permasalahan ini.
Oleh kerana pegawai psikologi ini adalah satu profesyen yang mulia, maka sekiranya terdapat mana-mana pegawai yang mencemarkan nama baik profesyen ini pasti akan memburukkan nama organisasi dan status pegawai psikologi itu sendiri. Masyarakat akan mula tidak percaya kepada perkhidmatan yang diberikan dan mula mencurigai semua tindakan dan saranan yang dikemukakan. Persepsi negatif ini adalah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh setiap pegawai psikologi atau kaunselor.
Keadaan ini mungkin bertambah buruk apabila masyarakat tidak dapat membezakan perkhidmatan professional yang diberikan oleh pegawai psikologi atau kaunselor dengan individu yang sukalerela dan tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang etika dan proses pelaksanaan sesi tetapi mengaku sebagai seorang kaunselor. Hal ini sememangnya berlaku dan sejauhmana penguatkuasaan Akta 580 dalam melindungi kemurnian profesyen ini.
Kesimpulannya, masyarakat harus memahami tugas seorang pegawai psikologi atau kaunselor supaya mereka juga sedar bahawa tugas seorang pegawai psikologi atau kaunselor ini adalah berat dan memerlukan pengorbanan dengan itu suasana imbal balik akan berlaku dalam mengwujudkan kesejahteraan dalam masyarakat sendiri.

-Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...