Thursday, December 20, 2012

Pendekatan Kaunseling Mampu Tangani Gejala Negatif


Aspek kaunseling mempunyai peranan amat penting dalam usaha Malaysia mencapai taraf negara maju.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - perkhidmatan kaunseling yang cekap dan berkesan bukan sahaja dapat menangani masalah dalam organisasi, komuniti atau keluarga, malah boleh menggarap kualiti diri dan kerjaya seseorang individu.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI

"Gejala kecelaruan orientasi seks seperti kemunculan lesbian, gay, transeksual dan biseksual yang dahulunya dihadapi masyarakat barat, kini dialami oleh masyarakat kita juga. Amalan bertentangan dengan nilai moral, agama dan norma masyarakat mesti ditangani secara bijaksana. Saya percaya melalui pendekatan kaunseling yang berkesan kita akan dapat mengelakkan gejala negatif ini daripada menular dalam masyarakat kita".

Beliau berucap di Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kebangsaan serta seminar Peningkatan Profesionalisme Kaunseling 2012 di Universiti Putra Malaysia, UPM.
Kementerian Pelajaran katanya, menetapkan semua sekolah baru dilengkapi bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif bagi membolehkan guru menjalankan sesi kaunseling lebih berkesan.
Kaunselor ujarnya, mempunyai peranan amat penting dalam mencapai matlamat pendidikan yang digariskan falsafah pendidikan kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang seimbang emosi, jasmani, rohani dan intelek.

Pada majlis ini, Tan Sri Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan khas 100 ribu ringgit kepada Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia, PERKAMA.

Berita Perdana, TV3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...