Monday, September 23, 2013

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI-S41 (Universiti Teknologi MARA - UiTM Cawangan Perak)

PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41) - UiTM Kampus Tapah Fasa 2/ Kampus Sri Iskandar

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2112.86); atau
(iii) Ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada RM2521.70); atau
(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM2828.32) dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)   (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
       (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)   Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Melaka) di http://www.melaka.uitm.edu.my
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, tarikh 7 Oktober 2013 .

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
KAMPUS TAPAH
35400 TAPAH ROAD
TAPAH
PERAK DARUL RIDZUAN
No Tel : +(605)-4181620

Maklumat lanjut layari : http://perak.uitm.edu.my/images/tapahcampus/iklan_web%202013-draf-tapah-newpdf.pdf

Borang permohonan : http://perak.uitm.edu.my/images/tapahcampus/borang%20permohonan%20jawatan%20pentadbiran%20-%20tapah.pdf

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...