Monday, May 19, 2014

JAWATAN KOSONG KAUNSELOR : PEGAWAI PSIKOLOGI UKM

PEGAWAI PSIKOLOGI S41

Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred S41:
RM1909.00 - RM8644.00

Elaun :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan         : RM250.00
Bantuan Sara Hidup                    : RM300.00

Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :

a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2112.86); ATAU

b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2112.86); ATAU


c) Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2521.70); ATAU


d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2828.32); DAN


e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
(Bagi Kakitangan UKM Berjawatan Tetap Sahaja)


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di perenggan (a-d) di atas.

Syarat Permohonan
1.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.  Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada :
     i. 54 tahun bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
    ii. 56 tahun bagi persaraan paksa 58 tahun.
   iii. 58 tahun bagi persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon
1.  Permohonan melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu                                            http://www.ukm.my/sppj
2.  Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak      menerima jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
3.  Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Tarikh tutup permohonan : 28 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...